Friday, 21 December 2018

RAFIZI BAKAL BERTANDING DI P078 CAMERON HIGHLANDS MENGGANTIKAN CALON DAP?

Mantan Setiausaha Agung PKR Bakal Calon PRK Cameron Highlands?

Dikejutkan dengan perletakan jawatan Naib Presiden PKR serta Pengerusi Perhubungan Negeri PKR, pertemuan antara Rafizi Ramli, Nurul Izzah dan Khairy Jamaluddin mencetuskan persoalan baru menjelang Pilihanraya Kecil P078 Cameron Highlands. Foto mereka bertiga menikmati minum petang tular di media sosial seterusnya mengundang pelbagai polemik komentar netizen.

Dengan alasan mual dan muak dengan proses pasca PRU14 yang menyaksikan acara 'Lompat Katak' oleh Ahli Parlimen, Izzah mula mempersoalkan tindakan Penasihat Pengerusi Pakatan Harapan Tun M yang dikaitkan mahu menguatkan kedudukan PPBM di dalam Parlimen dan bukan memberi fokus untuk agenda sebenar Pakatan Harapan. Gelora dalam PH bermula apabila tindakan Tun M menerima beberapa AP untuk duduk di bangku Parlimen sebagai wakil PPBM. Bagi mengekang penguasaan PPBM maka sesuatu perlu dilakukan untuk memberi isyarat kepada Tun M agar memberhentikan tindakan beliau. Malah Lim Kit Siang turut dikatakan memberi 'Amaran' bahawa DAP akan menarik diri keluar dari Pakatan Harapan sekiranya PH terus menerus menerima kemasukan 'Katak Katak' ini.

Pertemuan 6 mata antara ahli politik yang 'Mewakili' Anak Muda di sebuah restoran MUNGKIN berkisar siapa calon yang mampu diketengahkan bagi mewakili PH walaupun kerusi Cameron Highlands ditandingi oleh DAP sejak persempadanan semula dilakukan yang mewujudkan Parlimen Cameron Highlands. PKR sudah tentu mahu menampilkan kekuatan mereka dan mengimbangi jumlah kerusi dalam Parlimen dikalangan sekutu PH seterusnya menghalang PPBM daripada menambah kekuatan mereka. Sepertimana diketahui umum, perjanjian dalam pembentukan PH adalah 'Menyintuk Limau' Anwar sebagai Perdana Menteri selepas 2 tahun PH berkuasa namun jika Tun M berjaya beroleh jumlah kerusi yang menyokongnya sebagai Perdana Menteri, Anwar bakal mencatat sejarah sebagai 'Bakal Perdana Menteri' paling lama di dunia.

Jika BENAR Rafizi akan bertanding mewakili PH adakah DAP akan bersetuju selepas Manogaran bersusah payah memastikan kemenangan BN dibatalkan? Politik itu seni dan jika melihat kepada peratusan pengundi di 2 Dun dalam Parlimen CH, kaum Melayu menguasai dengan 33% diikuti Cina, Orang Asli dan India. Sejarah Rafizi pula sebagai bekas Ahli Parlimen Pandan menyaksikan beliau mampu memenangi undi dari ketiga tiga kaum dengan mudah dan ini sudah tentu akan dipertimbangkan sebagai faktor memenangkan PH di PRK CH kali ini. Politik yang ditentukan dengan angka lebih memberi kelebihan jika Rafizi Ramli menjadi calon kerana pengalaman beliau dalam Parlimen sangat diperlukan Anwar untuk memastikan PKR terus mengukuhkan kedudukan kerusi Parlimen, bagaimanapun semua ini terpulang kepada percaturan PH sendiri. Apa yang pasti, pergolakan dalaman PH akan menjadi penentu siapa calon mereka kelak di PRK CH pada 12 Januari 2019.

Mungkinkah Rafizi bakal mencipta sejarah memecah dominasi DAP sebagai calon tradisi kerusi Cameron Highlands? Hanya PH mampu menjawap teka teki tersebut.

No comments:

Post a Comment