Sunday 23 December 2018

BEKAS CALON DAP 'POYO', TIMBUL DI TANAH RATA UNTUK CARI PUBLISITI 20 SEN?

Selepas 7 Bulan Kalah Kini Bekas Calon DAP Buat 'Drama' Prihatin Masalah Rakyat

Selepas KALAH dalam PRU14, bekas calon DAP (guna lambang PKR) kembali untuk menyambung 'penggambaran poyo' seolah beliau amat prihatin dengan masalah rakyat  di Cameron Highlands. Kelibat beliau yang kelihatan di Tanah Rata dua hari lepas seolah memberi petunjuk bekas calon itu akan dicalonkan semula oleh DAP bagi menghadapi PRK P078 CH pada 26 Januari 2019.

Seperti dijangkakan perkara pertama dicanangkan oleh bekas calon ialah kesesakan jalanraya ketika waktu puncak musim cuti. Bagaimanapun MUNGKIN beliau kurang membaca mengenai apa yang Kerajaan Pahang sedang lakukan bagi mengatasi perkara tersebut.

Kenyataan Kerajaan Pahang di dalam SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN) -

"SIDANG Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini, dimaklumkan mengenai dua projek naik taraf jalan di Cameron Highlands bagi mengelak kesesakan di destinasi pelancongan itu.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek itu sudah dikemukakan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk penilaian pada Julai lalu dan ia masih dalam proses kelulusan."

PRK CH kali ini dijangkakan akan mengetengahkan hampir 80% isu tempatan dan sekitar 20% isu nasional. Bagaimanapun pengundi Cameron Highlands melihat skop yang lebih luas apabila melibatkan hal ekonomi tempatan yang terjejas kerana kejatuhan Ringgit berbanding US Dollar serta kenaikan kos perbelanjaan menguruskan ladang ladang berikutan sistem cukai SST 10% dikenakan atas setiap barangan berkaitan ladang (baja, racun, alatan ladang, bekas pembungkusan serta lain lain) dan ini sesuatu yang serius bagi mereka. Kenaikan kos yang di tanggung peladang serta pengusaha kebun sayur memaksa mereka menaikkan harga jualan sekaligus menjejaskan permintaan dari luar dan tempatan. Perlu diingatkan faktor geografi CH memainkan peranan dalam menanggung kos penghantaran barangan dan sudah tentu ini akan menimbulkan persoalan kepada pengundi bagaimana PH mahu menyelesaikan sedang hal kenaikan harga telur pun Menteri PH tidak mampu selesaikan? Apatah lagi jika calon PH ditakdirkan berjaya ke Parlimen apakah beliau mampu membawa isu yang menghantui pengundi di Tanah Rata?

Tumpuan yang diberikan oleh bekas calon DAP itu kini hanyalah di Dun Tanah Rata dan beliau seakan tidak berani menunjukkan diri di Dun Jelai.  Sudah pasti beliau tidak akan tampil di Jelai kerana enggan menjawap isu kejatuhan harga sawit dan getah yang menyebabkan peneroka Felda dan masyarakat kampung tradisional menanggung beban kerana 'KEBODOHAN' pentadbiran Pakatan Harapan menguruskan ekonomi negara.

Apakah lagi 'Drama' yang akan ditampilkan oleh bekas calon DAP dalam PRK CH ini? Beliau sudah hampir pasti di tolak pengundi Cameron Highlands kerana hanya hadir dan menunjukkan muka selepas SPR memaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat mengenai kekosongan kerusi P078 Cameron Highlands. Adakah beliau yakin sekutu lain dalam PH tidak akan cuba melobi untuk meletakkan calon masing masing?

No comments:

Post a Comment