Pengundi P078 Menilai Prestasi Pakatan Harapan - Manifesto PRU14 Jadi Pedoman Agar Tidak Terus Di Kelentong.
Menyentuh mengenai kempen piliharaya, semua parti politik di Malaysia tidak dapat lari daripada memberikan sumbangan semasa program turun padang dan berkempen bagi memenangi hati pengundi. Menarik sekali pembatalan kemenangan calon BN, Sivaarajh Chandran adalah kerana dakwaan rasuah ketika kempen PRU14. Barisan Nasional dan Sivaarajh sendiri menerima keputusan tersebut dengan terbuka selepas petisyen difailkan oleh Bekas Calon DAP M.Manogaran di Mahkamah Pilihanraya.
Apa yang menjadi tandatanya adakah Manogaran tidak pernah berkempen dan memberi sumbangan? Mustahil sekali jika Manogaran atau DAP mahupun Pakatan Harapan menidakkan sebarang sumbangan kepada pengundi sepanjang kempen berlangsung. Malah seorang Presiden dalam Pakatan Harapan sendiri menghulurkan wang tunai kepada seorang warga emas yang beliau temui sewaktu kempen dan rakaman video tersebut tular di media sosial.
Berbalik kepada isu sumbangan, Manogaran juga tidak terlepas dari memberi sumbangan kepada pengundi P078 dalam kempen PRU14. Beberapa keping foto menunjukkan Manogaran menghulur wang tunai dan barangan ketika kempen turut tular dalam media sosial. Adakah pemberian DAP itu dikategorikan sebagai 'Hadiah' dan tidak menggambarkan ia sebagai Rasuah bagi memenangi hati pengundi seterusnya memberikan undi kepada beliau yang bertanding menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat?
Pengundi P078 bukan boleh diperbodohkan dengan momokan kononnya hanya Pakatan Harapan mampu menyelesaikan semua masalah yang berlaku dalam Parlimen itu. Perlu diingatkan dalam P078 ada 2 DUN iaitu Tanah Rata dan Jelai. Banyak perkara selama ini diselesaikan oleh BN walaupun DUN Tanah Rata diwakili DAP atas kegagalan wakil DAP sebelum PRU14 tidak mengambil berat masalah penduduk Cameron Highlands. Terdapat juga aduan Adun DAP Tanah Rata sebelum ini hanya tampil di khalayak ketika mahu berkempen memancing undi dan terus hilang dari radar selepas memenangi kawasan tersebut.
Rakyat sedang menilai prestasi Pakatan Harapan dan DAP sepanjang 7 bulan mereka di Putrajaya dan kini rata rata pengundi mula menyatakan kekesalan mereka memberi undi kepada PH apabila semua Manifesto yang dikemukakan PH semasa PRU14 'Jauh Panggang Dari Api'. Lebih memburukkan keadaan isu kos sara hidup serta isu kenaikan barang keperluan serta isu kejatuhan harga sawit dan getah tidak ditangani Pakatan Harapan.
No comments:
Post a Comment