Showing posts with label Manogaran. Show all posts
Showing posts with label Manogaran. Show all posts

Wednesday, 16 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - DAP KUAT MENIPU PENGUNDI DAN RAKYAT, ORANG ASLI SANGKAL DAKWAAN DIPINGGIRKAN BN

Menyangkal Dakwaan Dipinggirkan BN, Orang Asli Menjawap Manogaran dan Lim Kit Siang


Apabila Calon DAP, M.Manogaran bersama Lim Kit Siang mendakwa Orang Asli dipinggirkan ia menimbulkan rasa tidak puashati dikalangan mereka. 

Seorang individu dari masyarakat Orang Asli tampil membalas kenyataan Manogaran dan Kit Siang mengenai perkara tersebut.

Jelas sekali dakwaan Manogaran dan Kit Siang dari DAP hanyalah sekadar mencari populariti kerana selama ini nasib Kaum Orang Asli terbela di bawah Barisan Nasional.

Tuesday, 15 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - SAKSI KES MANOGARAN DAPAT 'DUIT MINYAK HELIKOPTER'?

Saksi Manogaran Turut Kelihatan Dalam Majlis 'Duit Minyak' Anjuran Pakatan Harapan?





Bekas Ahli Parlimen CH, Sivaraj Chandran mendakwa salah seorang saksi bagi pihak Manogaran turut hadir dalam majlis pemberian 'Duit Minyak' Pakatan Harapan semasa kempen pilihanraya tersebut.

Pautan - http://m.utusan.com.my/berita/politik/saksi-kes-sivarraajh-hadir-di-program-ph-1.822681

Individu tersebut dikesan mengenakan baju Pakatan Harapan semasa majlis tersebut. Jika perkara ini benar maka timbul pula persoalan adakah individu tersebut menerima 'DUIT MINYAK HELIKOPTER' sebagai imbuhan menjadi saksi kes yang diheret oleh Manogaran ke Mahkamah SPR? 



Pihak Berwajib perlu menyiasat perkara pemberian 'Duit Minyak' yang turut diakui oleh Lim Kit Siang kerana ada percanggahan dalam peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Hakim bagi kes Manogaran lawan Sivaraj juga menjatuhkan hukum bersandarkan kepada pelanggaran peraturan tetapi apabila pihak Pakatan berbuat demikian pelbagai alasan tercipta bagi 'MENYUCIKAN' perbuatan mereka. Adakah ini keadilan peraturan SPR apabila kena pada pihak lain maka jatuh hukum bersalah tetapi jika kena kepada PH ianya terus dilabelkan sebagai 'Halalan Toiyiba'?



Adakah ada standard berlainan dalam perlanggaran peraturan Pilihanraya CH ini? Rakyat memerhati dengan penuh minat akan isu ini dan mahukan pihak berwajib melaksanakan JANJI untuk BERINTERGRITI dan TELUS dalam Pilihanraya ini? Adakah Ketua Pengarah SPR yang baru dilantik akan mengotakan JANJI beliau atau hanya sekadar menjadi umpama 'MANIFESTO PAKATAN HARAPAN'?

PRK CAMERON HIGHLANDS - BERI DUIT KEPADA SUKARELAWAN BERBAYAR KINI 'HALAL', SPR DAN SPRM KENA 'NASI KANGKANG'?

SPR & SPRM Sudah Kena 'Mandrem', Tutup 'Punggung' DAP?



Mengelirukan sekali bila menyentuh isu pemberian 'Duit Minyak' yang dilakukan oleh Pakatan Harapan dalam kempen Pilihanraya Kecil P078 Cameron Highlands. Calon DAP Manogaran yang menyifatkan foto pemberian 'Duit Minyak' kepada individu adalah perkara kecil. Perlu diingatkan kerana isu 'Duit Minyak' bekas Ahli Parlimen CH, Dato Sivaraj hilang kerusi beliau apabila Mahkamah SPR menjatuhkan hukuman dengan alasan pemberian 'Duit Minyak'.


Pelik sekali apabila puak PH melakukan perkara tersebut, ianya seolah telah 'HALAL' selagi yang menerima 'Duit Minyak' menyokong Manogaran pada hari pemgundian 26 Januari ini.



Lebih menarik apabila perbuatan tersebut (Duit Minyak' dikatakan akan dimasukkan dalam penyata perbelanjaan Pilihanraya. Penyata perbelanjaan pilihanraya biasanya hanya ada pada Calon dan setiap penerima dari perbelanjaan perlu menandatangani serta meletakkan nama selain nombor kad pengenalan sebagai BUKTI SAH perbelanjaan dilakukan. Bagaimana Manogaran boleh menyatakan beliau tidak tahu menahu mengenai PEMBERIAN 'DUIT MINYAK' tersebut?  Adakah ada pihak lain yang membayar dan perbelanjaan tidak dicatitkan secara individual tetapi langsam? Sudah tentu besar perbelanjaan 'DUIT MINYAK' yang dikeluarkan oleh pembayar tersebut. Siapa 'PAYMASTER' itu?



Siapa yang mahu dibodohkan dek PH? Mana SPR? Mana SPRM? Adakah mereka telah kena 'Mandrem' sebab kini kuasa di tangan Pakatan Harapan?

Monday, 14 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - LIM KIT SIANG 'GABRA' BILA KANTOI BAYAR RM20 BELI "KUIH"

Cuba Tuding Orang Lain Bila Kantoi Kesipuan



Sah! Pakatan Harapan bayar RM20 kepada 60 orang kalangan Orang Asli Cameron Highlands kononnya 'duit minyak' dan akan dimasukkan dalam perbelanjaan pilihanraya. Lim Kit Siang mengakui perkara tersebut namun beliau cuba menjadikan isu tersebut sebagai 'suci' apabila mendesak BN mendedahkan perbelanjaan PRK CH yang telah dikeluarkan Barisan Nasional.



Seolah baru kali pertama bertanding, Kit Siang menjadi BODOH apabila mahu pihak lawan mengisytiharkan laporan perbelanjaan sedangkan beliau tahu SETIAP WANG YANG DIBAYAR KEPADA PENERIMA PERLULAH DISERTAKAN DENGAN KETERANGAN PENERIMA, NO KP DAN TANDATANGAN HENDAKLAH DITURUNKAN DALAM BAUCER PENYATA PERBELANJAAN YANG SAH.



Foto yang tular di media sosial telah menimbulkan persoalan adakah DAP kini menggunakan ILMU KEBAL 'Lambung Tak Pecah, Baling Tak Berderai'? Persoalan turut membawa kepada pemahaman kenyataan Calon DAP yang sebelum ini menyifatkan Orang Asli sebagai KUIH dan tidak akan dibeli Orang Melayu sebaliknya merekalah (DAP) yang akan membelinya dengan harga RM20? Sekali lagi PENGHINAAN dilakukan secara halus oleh DAP terhadap Pribumi. Semurah RM20 sahaja harga mereka (Orang Asli) di mata DAP? Jelas sekali DAP hanya mahukan undi dan akan mengucapkan 'CIP ABORR' kepada Orang Asli selepas mendapat apa yang mereka mahukan.



Paling mengejutkan bilamana pihak SPR menerusi Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya secara terang menyatakan mereka tidak mampu berbuat apa mengenai 'Pemberian Wang' kepada pengundi kalangan Orang Asli. Adakah pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan turut memberi kenyataan senada dengan SPR  walau foto berkaitan menjadi bahan bualan netizen serta pemerhati politik tanahair?



Kejutan yang sungguh menyentuh perasaan pula datangnya dari pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia yang mengeluarkan kenyataan akan 'Memburu' individu yang menyebarkan foto tersebut. Sejak bila SKMM bertukar portfolio tugas dan mengambil alih tugas pihak lain? Semakin hari semakin 'Rasa Oren' dengan kekalutan serta pertindihan kuasa dalam Kerajaan Pakatan Harapan dan ini bukanlah sesuatu yang baik untuk Malaysia. 

Apa pula 'Lawak' yang akan dihidangkan DAP dan Pakatan Harapan sepanjang kempen PRK berbaki 11 hari? Semoga tiada lagi 'Pertindihan dan Perebutan Kuasa' dikalangan Agensi Kerajaan apabila timbul isu mengaitkan DAP dan perlakuan PH sepanjang kempen. Rakyat jelak apabila mereka cuba diDUNGUkan dengan alasan alasan 'Bodoh Piang' apabila pihak DAP dan PH melakukan kesalahan semasa berkempen dan segera bertindak jika ada salahlaku dari pihak lawan mereka dalam PRK P078 CH.

Thursday, 10 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - BARISAN NASIONAL BERI PENGHORMATAN KEPADA 'ORANG KITA' , LETAK CALON SUKU SEMAI

Penghormatan Buat 'Orang Kita', BN Buktikan Keterbukaan Letak Calon Hadapi PRK




Teka teki individu yang akan menjadi calon Barisan Nasional pada Pilihanraya Kecil P078 Cameron Highlands telah terjawap.

Menamakan Ramli Mohd Nor sebagai calon BN telah menggegarkan kem Pakatan Harapan sekaligus membuktikan kematangan politik dalam BN semakin subur dan semakin terbuka kepada semua kaum. Menawarkan calon yang berkaliber dan yang paling utama di terima semua peringkat pengundi merupakan kriteria yang sangat diperlukan untuk mengekalkan pengusaan BN sejak 2004.

Latar Belakang Calon - 



Beliau merupakan penduduk tempatan dari suku Semai, yang membentuk sebahagian besar daripada 22 peratus pengundi Orang Asli di kerusi parlimen itu.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai inspektor percubaan sebelum dinaikkan pangkat demi pangkat. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Jenayah Komersial Pulau Pinang.

Beliau memiliki Sarjana Pentadbiran Awam dari University of East London.



Pemilihan Ramli bakal memberi dimensi baru kepada Kaum Pribumi khususnya di Cameron Highlands. Sebagai anak tempatan beliau mempunyai kelebihan tersendiri dan sudah tentu akan menjadi IKON kepada taraf kemajuan Orang Asli. Ini sesuatu yang membanggakan dan pengundi P078 wajar memberi kemenangan kepada Ramli kerana selama ini pengundi Cameron Highlands mahukan calon dari kalangan Anak Tempatan.

Baca juga - https://yusmanzaharizakaria.blogspot.com/2019/01/prk-cameron-highlands-calon-dap-hina.html

Perlu juga diingatkan calon DAP, M.Manogaran semalam telah memperlekehkan Orang Asli apabila menyamakan mereka sebagai 'Kuih' yang tidak akan dibeli oleh pengundi Melayu. Cercaan berbaur rasis yang dilemparkan Manogaran ini tidak boleh di terima sama sekali dan Manogaran bersama DAP PERLU DITUNJUK JALAN KELUAR DARI CAMERON HIGHLANDS KERANA MEREKA TIDAK MEMAHAMI GEOGRAFI POLITIK P078 Cameron Highlands.

Wednesday, 9 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - CALON DAP HINA ORANG ASLI, IBARATKAN PRIBUMI SEBAGAI KUIH

Manogaran Umpamakan Orang Asli Sebagai 'Kuih' Yang Tidak Akan DiBeli Orang Lain



Calon Pakatan Harapan mengumpamakan Orang Asli sebagai kuih yang tidak akan dipandang orang kalau dijadikan jualan. Beliau turut memperlekehkan kemampuan Orang Asli dalam pentadbiran kerajaan atau mana mana organisasi.


Manogaran secara jelas memperkecilkan kemampuan Orang Asli yang kini bukan lagi kaum yang dipinggirkan Barisan Nasional selama 61 tahun memerintah. Taraf pendidikan mereka (Orang Asli) kini lebih baik malah ada kalangan Orang Asli berada dalam kalangan profesional malah mereka diberikan peluang sebagai Senator yang bertanggungjawab menggubal dasar kerajaan didalam Dewan Negara.


Inikah cara DAP memandang Orang Asli Cameron Highlands? Belum duduk sebagai Ahli Parlimen sudah menghina Orang Asli dan meremehkan kemampuan pengundi Orang Asli berjumlah 6964 mewakili 21.9% dari keseluruhan jumlah pengundi P078. Tahukah DAP kedudukan serta taraf kehidupan masyarakat Orang Asli kini semakin maju dan moden di bawah pentadbiran BN. Bukan sahaja penempatan selesa disediakan malah kehidupan mereka kini semakin selesa dengan pembangunan yang dibawakan secara langsung kepada mereka  oleh Barisan Nasional walau penempatan jauh di pedalaman.

DAP yang selama ini tidak mengambil pusing hal Orang Asli selama mereka wujud sebagai parti politik kini 'BERLAKON' seolah merekalah JUARA bagi isu isu berkaitan Orang Asli. Adakah Pakatan Harapan mahu menafikan segala bantuan dari BN kepada Kaum Pribumi selama ini? DAP seolah bertahun berada disamping kaum ini sedangkan hanya kerana PRK CH barulah mereka menunjukkan muka di kawasan penempatan Orang Asli. Dimanakah DAP selama ini? 

Pautan kenyataan Manogaran - https://www.malaysiakini.com/news/459559?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Jika beginilah pandangan DAP kepada Orang Asli maka wajarlah pengundi P078 memberi isyarat jelas kepada Pakatan Harapan bahawa mereka tidak layak menjadi wakil rakyat di Cameron Highlands pada hari pembuangan undi 26 Januari 2019.

Thursday, 3 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - BEKAS CALON DAP 'KANTOI BODOH', JALAN PERSENDIRIAN CH PUN TIDAK BOLEH BEZAKAN

Konon Mahu Tunjuk 'Hero', Sekali Kantoi 'BODOH' Dek Penduduk Cameron Sendiri

Bekas calon DAP masa PRU14, Manogaran yang menaikmuat sekeping foto menggambarkan keadaan jalanraya di Cameron Highlands telah di kecam netizen terdiri daripada penduduk Cameron sendiri.

Status di laman media sosial rasmi beliau menunjukkan jalanraya dalam sebuah ladang Teh yang terkenal merupakan jalanraya PERSENDIRIAN dan bukan di bawah tanggungjawab kerajaan Negeri mahupun Persekutuan. Beliau yang mahu memburukkan serta menyalahkan Barisan Nasional perlu memahami geografi Cameron itu sendiri. Secara tidak langsung dengan menaikmuat status dapatlah pengundi P078 sendiri menilai sejauh mana 'Bijak' Manogaran yang dicanangkan akan menjadi calon pada PRK CH.

Hanya datang kembali ke Cameron Highlands sebaik Mahkamah memutuskan untuk mengadakan pilihanraya semula, Manogaran bukanlah dikenali ramai sebaliknya jika di sebut nama Appalasamy lebih ramai penduduk CH mengenali berbanding Manogaran sendiri walaupun kedua duanya dari DAP.

Sampai bila Pakatan Harapan mahu menuding jari kepada BN? Apabila tiba Pilihanraya Kecil DAP mula menuding segalanya keatas Barisan Nasional dan kepimpinan tetapi selama DAP mewakili Dun Tanah Rata apa yang wakil rakyat DAP buat? Jalanraya persendirian yang dinaikmuat oleh Manogaran adalah di bawah DUN Tanah Rata. Apakah selama ini DAP hanya jadi wakil rakyat 'Patung', ambil elaun sebagai wakil rakyat dan tidak peduli hal ehwal Dun Tanah Rata sendiri?

Secara terperinci Pakatan Harapan yang mahu PRK CH menjadi tanda aras penerimaan rakyat kepada CH perlu menjelaskan MENGAPA MANIFESTO PAKATAN HARAPAN TIDAK DIPENUHI MALAH MENTERI 'RINGGEK' YANG MENGELUARKAN KENYATAAN HARGA MINYAK (PETROL DAN DIESEL) AKAN TURUN PADA 1/1/2019 TELAH MEMBUAT PUSINGAN U DAN MENETAPKAN HARGA MINYAK TERUS KEKAL SEPERTI SEBELUM PRU14.

Banyak perkara yang Pakatan Harapan perlu laksanakan sebelum menuding dan menyalahkan pihak lain. Kerajaan Negeri Pahang di bawah pentadbiran Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail (BN) mengambil langkah proaktif dan menyelesaikan masalah secara berhemah tanpa menuding kepada pihak lain. Rakyat Cameron Highlands tahu siapa yang selama ini BANYAK MEMBANTU MEREKA DAN PAKATAN HARAPAN LANGSUNG TIDAK PERNAH MENGAMBIL TAHU DAN HANYA MENJENGUK KETIKA PRK AKAN DIJALANKAN.

Pautan ke laman rasmi Manogaran -

https://www.facebook.com/144169022410728/posts/1118902604937360/

Thursday, 27 December 2018

PRK P078 - 'ORANG KUAT' PPBM CABAR DAP DENGAN PERATUSAN PENGUNDI MELAYU?

Adakah PPBM  Akan Lawan 'Tauke Besar' Dengan Carta Pengundi Melayu?

Sejak diwujudkan kerusi Parlimen P078 Cameron Highlands, DAP meletakkan calon mereka tanpa gagal. 2 PRU kebelakangan ini, DAP meletakkan M.Manogaran sebagai calon walau beliau tidak berjaya menembusi antara kubu kuat BN di Pahang.

Bagaimanapun tumpuan pemerhati politik negara bakal tertumpu ke Pusat Pelancongan Tanah Tinggi Cameron Highlands selepas Mahkamah memutuskan kerusi tersebut dikosongkan. Pihak Suruhanjaya Pilihanraya telah menetapkan satu Pilihanraya Kecil diadakan pada 26 Januari 2019 bagi membolehkan pengundi memilih wakil mereka di Parlimen. Penamaan calon akan berlangsung pada 12 Januari 2019 dan dijangkakan akan berlaku pertembungan lebih dari 3penjuru.

Pakatan Harapan sudah tentu enggan melepaskan peluang bagi memenangi kerusi tersebut selepas berjaya merampas Bentong dan mengekalkan Raub dalam blok mereka. Bagaimanapun pertarungan unik ini sudah pasti mengundang pelbagai pandangan serta pertimbangan rasional pengundi selepas menyaksikan 7 bulan Malaysia di perintah PH. Siri KEGAGALAN dalam melaksanakan Manifesto PH antara yang menarik pengundi menilai sejauh mana keberkesanan pemerintahan selepas mengambil alih Putrajaya. Jika disenaraikan Manifesto PH, pengundi boleh melihat hingga hari ini TIADA SATU antara JANJI JANJI PAKATAN HARAPAN DIPENUHI. Ini merupakan Indeks Pencapaian yang akan difikirkan pengundi di Cameron Highlands dalam PRK kali ini sebagai isyarat JANGAN MEMBODOHKAN RAKYAT dengan pelbagai janji manis.

Sebagai sekutu dalam Pakatan Harapan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah menyuarakan keinginan mereka untuk bertanding di kerusi tersebut berdasarkan jumlah pengundi Melayu keseluruhan dalam P078. Bagaimanapun hasrat ini di tentang DAP kerana mendakwa CH adalah kerusi tradisi bagi DAP dan mereka mahu sekutu lain mengikut kehendak mereka selaku suara majoriti dalam PH. Tinjauan yang di buat di Tanah Rata dan Brinchang pula memberi reaksi berbeza apabila sebahagian pengundi 'Tegar' DAP enggan menerima sebarang usaha daripada PPBM meletakkan calon mereka di CH.

Walau bagaimanapun dalam satu mesyuarat PH, mereka telah bersetuju supaya DAP mengetuai kempen Prk CH. Bagaimanapun desas desus telah berlegar di kalangan pengundi Melayu di kedua-dua DUN, Tanah Rata dan Jelai sekiranya PH tetap meletakkan DAP sebagai calon pengundi yang menyumbangkan undi kepada PH pada PRU14 tidak lagi berminat untuk berbuat demikian dalam PRK CH ini. Bagi mereka kaedah 'Kerusi Tradisi' sudah tidak relevan dengan pendekatan 'Malaysia Baru' yang diperkenalkan oleh Pakatan Harapan dan bertentangan dengan kebebasan bersuara yang telah dijanjikan PH selama ini.

Satu status yang dinaikmuat oleh seorang individu dipercayai sebagai 'Orang Kuat' dalam PPBM seolah memberi isyarat kepada DAP agar mempertimbangkan semula hasrat mereka dan memberi laluan kepada sekutu lain dalam Pakatan Harapan. Berdasarkan perkiraan individu tersebut, beliau bermain angka angka pengundi Melayu, Cina, India dan Orang Asli sebagai perbandingan untuk difikirkan Pemimpin Atasan PH.

Tidak dapat dipastikan samada individu tersebut sedang cuba melakukan kiraan sekiranya DAP berkeras bertanding dan bersedia untuk KALAH sekali lagi atau beliau memberi amaran perkiraan Pengundi Melayu yang tidak akan menyebelahi PH kali ini. Adakah percaturan ini akan memberi kelebihan kepada PH sekiranya DAP akur dengan kehendak individu tersebut?

Sunday, 23 December 2018

AHLI DAP 'WAJIB' SOKONG ICERD DILAKSANAKAN - BAKAL CALON DAP PAKAI TOPENG 'BUNTUT' BERDEPAN PENGUNDI MELAYU?

55% PENGUNDI  BUMIPUTERA, BERANIKAH BAKAL CALON DAP NYATAKAN PENDIRIAN DALAM ISU ICERD?

Dengan 33% pengundi Melayu dan 21.6% pengundi Orang Asli di P078 Cameron Highlands sudah pasti isu ICERD bakal jadi antara topik hangat dalam kempen PRK CH yang akan berlangsung pada 26 Januari 2019. Bekas calon DAP yang kini sedang giat mempromosi diri sudah tentu mengelakkan diri dari menyentuh perkara tersebut dihadapan pengundi Melayu dan Masyarakat Orang Asli bagi mengelakkan kecaman.

Bagaimanapun seruan oleh Adun Tanah Rata dan Tras dalam satu petikan surat sokongan meratifikasikan ICERD mempunyai nada berbeza. DAP yang membawa agenda Deklarasi Setapak mahu semua ahli DAP menyokong ICERD untuk dikuatkuasakan di Malaysia. Pendirian bekas calon DAP dalam isu berkaitan tidak diketahui namun sebagai Ahli DAP sudah tentu beliau menyokong ICERD untuk dilaksanakan di Malaysia di sebalik tentangan yang dihadapi. Dikuatkan lagi dengan percaturan kerusi dominan di Parlimen, sekutu politik manakah dalam kalangan PH yang mampu menolak jika DAP beroleh majoriti suara Parlimen kelak?

Baca pautan meminta Ahli DAP menyokong ICERD -

DAP Malaysia | DAP harus sokong ICERD
https://dapmalaysia.org/statements/2018/11/09/27844/

Jika bakal calon mewakili PH datangnya dari DAP maka beliau WAJIB mengumumkan pendirian beliau berkaitan ICERD di hadapan pengundi CH dan bukan bermuka muka apabila bercakap di hadapan audien berbeza. Bukan tidak kenal sikap pemimpin DAP yang mempunyai 'Seribu Wajah' apabila berdepan kelompok berbeza. Sudah pasti kenyataan mereka akan dipengaruhi sentimen 'Dengan Siapa Mereka Bercakap' bagi beroleh keuntungan politik parti. Beranikah bakal calon DAP secara jelas membuat kenyataan MENOLAK ICERD? Jangan pula kelak membuat pusingan U apabila menerima tekanan daripada kepimpinan atasan DAP kerana rekod banyak menunjukkan sikap sebenar mereka.

Dipercayai bakal calon DAP nanti akan dinasihatkan untuk tidak menyatakan apa apa pendirian dalam isu ICERD bagi mengelakkan kehilangan sokongan pengundi Bumiputera sekaligus menjejaskan peluang mereka merampas kerusi CH dari tangan Barisan Nasional sejak parlimen berkenaan diwujudkan

Bakal calon DAP sudah pasti akan menuding permasalahan yang dihadapi masyarakat Orang Asli sebagai kegagalan BN dan menggembar-gemburkan bahawa DAP sangat prihatin dengan 21.56% pengundi ini. Suka diingatkan BN telah menubuhkan JHEOA dan JAKOA bagi memastikan kebajikan Kaum Orang Asli terbela dan mereka tidak didiskriminasikan, jadi bakal calon DAP pasti akan cuba mempengaruhi 33% pengundi Melayu untuk menerima propaganda politik mereka di sebalik isu ICERD yang menerima tentangan hampir 1.7 juta rakyat semasa Himpunan Bantahan ICERD di Kuala Lumpur baru baru ini.

Kepada pengundi CH anda berhak memilih dan laksanakan kewajipan anda pada 26/1/2019 nanti. Jangan lupa desak bakal calon DAP NYATAKAN PENDIRIAN dalam isu ICERD.

Thursday, 20 December 2018

MENTERI 'RINGEK' MAIN WAYANG UNTUK PRK CAMERON HIGHLANDS?

Peneroka Felda Semakin Sengsara Di Bawah Pakatan Harapan

Pilihanraya Kecil P078 Cameron Highlands pada 26 Januari 2019 menjadi medan pertama Menteri Kewangan memancing undi. Menyedari Parlimen Cameron Highlands merangkumi kawasan Felda di Dun Jelai, tindakan Menteri 'Ringek' cuba untuk mengaburi sejumlah 3847 pengundi di gugusan Felda Sg Koyan dengan peruntukan segera wang hasil dan wang sara hidup kepada seluruh Felda.

Bekas calon DAP, Manogaran yang menaikmuat satu status di media sosial nampaknya mahu menampakkan Pakatan Harapan prihatin kepada peneroka Felda selepas 7 bulan mengambil alih pentadbiran Putrajaya. Bagaimanapun jumlah yang diperuntukkan kepada seluruh peneroka Felda dikatakan tidak mencukupi kerana ada peneroka yang sehingga hari ini tidak mendapat wang hasil jualan sawit dan wang sara hidup mereka.

Diburukkan lagi dengan kejatuhan harga sawit di pasaran serta keengganan China sebagai pengeksport terbesar industri minyak sawit Malaysia, jumlah yang diberikan oleh Guan Eng sebenarnya jauh dari apa yang sepatutnya. Peneroka Felda serta pengusaha sawit kini menanggung kesukaran kerana sikap pemimpin Pakatan Harapan yang mahu menunjukkan kononnya mereka 'Harimau' terhadap kuasa ekonomi dunia sedangkan hakikat sebenar mereka hanyalah 'Kucing Kampung'.

Manogaran perlu ingat Felda bukan sekadar 1 atau 2 rancangan di seluruh negara jadi bagaimana peruntukan sebanyak RM77 juta mahu diagihkan kepada peneroka yang terjejas ekonomi sejak Pakatan memerintah sedangkan harga telur di pasaran pun Menteri PH tidak mampu turunkan dengan memberi pelbagai alasan yang menjadi bahan lelucon netizen.

DAP juga kini seakan tidak lagi mempedulikan nasib Peneroka Felda selepas mereka berjaya menembusi kawasan 'Taboo' dengan merekrut anak muda berbangsa Melayu bagi menyampaikan dakyah songsang politik mereka. Sejak PRU14 tiada lagi kedengaran suara sebuah badan yang ditubuhkan oleh DAP berkaitan Felda sebelum ini.

Tinjauan yang dilakukan didalam kawasan Felda Sg Koyan menampakkan reaksi penolakan pengundi terhadap Pakatan Harapan selepas kegagalan PH menepati janji yang di buat oleh barisan penceramah PH sebelum PRU14. Mereka kini bertekad akan menumbangkan PH dalam PRK Cameron Highlands.

P078 KAYU PENGUKUR MANIFESTO 'KELENTONGKRASI' DAN SIKAP 'DOUBLE STANDARD' PAKATAN HARAPAN

Pengundi P078 Menilai Prestasi Pakatan Harapan - Manifesto PRU14 Jadi Pedoman Agar Tidak Terus Di Kelentong.

Menyentuh mengenai kempen piliharaya, semua parti politik di Malaysia tidak dapat lari daripada memberikan sumbangan semasa program turun padang dan berkempen bagi memenangi hati pengundi. Menarik sekali pembatalan kemenangan calon BN, Sivaarajh Chandran adalah kerana dakwaan rasuah ketika kempen PRU14. Barisan Nasional dan Sivaarajh sendiri menerima keputusan tersebut dengan terbuka selepas petisyen difailkan oleh Bekas Calon DAP M.Manogaran di Mahkamah Pilihanraya.

Apa yang menjadi tandatanya adakah Manogaran tidak pernah berkempen dan memberi sumbangan? Mustahil sekali jika Manogaran atau DAP mahupun Pakatan Harapan menidakkan sebarang sumbangan kepada pengundi sepanjang kempen berlangsung. Malah seorang Presiden dalam Pakatan Harapan sendiri menghulurkan wang tunai kepada seorang warga emas yang beliau temui sewaktu kempen dan rakaman video tersebut tular di media sosial.

Berbalik kepada isu sumbangan, Manogaran juga tidak terlepas dari memberi sumbangan kepada pengundi P078 dalam kempen PRU14. Beberapa keping foto menunjukkan Manogaran menghulur wang tunai dan barangan ketika kempen turut tular dalam media sosial. Adakah pemberian DAP itu dikategorikan sebagai 'Hadiah' dan tidak menggambarkan ia sebagai Rasuah bagi memenangi hati pengundi seterusnya memberikan undi kepada beliau yang bertanding menggunakan lambang Parti Keadilan Rakyat?

Pengundi P078 bukan boleh diperbodohkan dengan momokan kononnya hanya Pakatan Harapan mampu menyelesaikan semua masalah yang berlaku dalam Parlimen itu. Perlu diingatkan dalam P078 ada 2 DUN iaitu Tanah Rata dan Jelai. Banyak perkara selama ini diselesaikan oleh BN walaupun DUN Tanah Rata diwakili DAP atas kegagalan wakil DAP sebelum PRU14 tidak mengambil berat masalah penduduk Cameron Highlands. Terdapat juga aduan Adun DAP Tanah Rata sebelum ini hanya tampil di khalayak ketika mahu berkempen memancing undi dan terus hilang dari radar selepas memenangi kawasan tersebut.

Rakyat sedang menilai prestasi Pakatan Harapan dan DAP sepanjang 7 bulan mereka di Putrajaya dan kini rata rata pengundi mula menyatakan kekesalan mereka memberi undi kepada PH apabila semua Manifesto yang dikemukakan PH semasa PRU14 'Jauh Panggang Dari Api'. Lebih memburukkan keadaan isu kos sara hidup serta isu kenaikan barang keperluan serta isu kejatuhan harga sawit dan getah tidak ditangani Pakatan Harapan.

Wednesday, 19 December 2018

DAP HANYA PERMAINKAN RAKYAT, MANIFESTO TIDAK MAMPU DITUNAIKAN

Hanya Mencari Populariti, DAP Sanggup Permainkan Rakyat - Janjikan Sebidang Tanah Setiap Orang

Pilihanraya Kecil P078 pada 26 Januari 2019 bakal jadi medan menunaikan janji yang dilakarkan dalam Manifesto Pakatan Harapan pada PRU14 yang lepas. Bekas calon daripada DAP, Manogaran sudah tentu enggan memberi ruang kepada sekutu lain dalam PH kerana beliau adalah individu yang berhempas pulas membawa petisyen ke Mahkamah bagi membatalkan keputusan PRU14 yang dimenangi oleh Dato Sivaarajh dengan majoriti 597 undi.

Tertarik dengan satu klip video dimana Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan, Nga Kor Ming dalam siri jelajah ceramah PRU14 di Cameron Highlands di mana beliau berjanji akan memberi setiap  kampung baru geran tanah kekal jika DAP menjadi kerajaan. Bagaimanapun segala janji DAP ternyata hanyalah palsu kerana hingga kini janji Nga Kor Ming tidak dapat dipenuhi walau Pakatan telah menjadi kerajaan.

Pengundi di  DUN Jelai dan Tanah Rata sudah tentu memahami kegagalan DAP di DUN selama ini. Walau selama ini DUN Tanah Rata dikuasai  DAP, pembangunan fizikal Cameron Highlands tidak dilakukan oleh DAP malah segala bentuk bantuan disalurkan oleh BN.

Klip video klik -
.https://youtu.be/i1rV7j2cut4

Sejak Parlimen P078 diwujudkan pada 2004, BN telah melaksanakan pelbagai pembangunan fizikal di tempat tumpuan pelancong domestik dan luar tanpa meletakkan perbezaan parti. Bukan itu sahaja, Orang Asli  turut menerima pembangunan yang dibawakan seperti penempatan semula yang selesa dan pembangunan kampung setaraf dengan kemodenan negara. Manakala ADUN DAP terdahulu tidak mempamerkan prestasi terbaik untuk rakyat Tanah Rata hinggakan masalah kecil yang dihadapi penduduk Tanah Rata tidak mampu diselesaikan.

PPBM MAHU RAMPAS KERUSI DAP DI P078 CAMERON HIGHLANDS?

PPBM MAHU TAMBAH MAJORITI ELAK PENGUASAAN DAP DI PARLIMEN?

Pilihanraya Kecil Parlimen P078 Cameron Highlands yang dijadualkan pada 26 Januari 2019 bakal menjadi medan perebutan antara PPBM dan DAP?

Pecahan pengundi P078 mengikut kaum -

Melayu - 33.5%
Cina - 29.48%
Orang Asli - 21.56%
India -14.91%

Adakah calon DAP, Manogaran yang juga Timbalan Pengerusi DAP Pahang akan bertolak ansur selepas berhempas pulas memfailkan petisyen yang membawa kepada PRK CH dan akan menyerahkan kerusi 'Tradisi DAP' kepada PPBM Cameron Highlands yang baru ditubuhkan? Sanggupkah Lim Kit Siang mengorbankan cengkaman DAP selepas mereka mengenepikan Appalasamy yang pernah berjuang berhabis habisan demi DAP?

Penguasaan PPBM CH yang hanya tertumpu di kawasan Orang Asli dan tidak mendapat sambutan sudah tentu akan dijadikan kayu ukur oleh DAP sebelum membenarkan calon Pakatan diwakili oleh PPBM. Apatah lagi suara DAP di Parlimen terlalu besar untuk dipatahkan PPBM yang menang hanya 13 kerusi pada PRU14 yang lepas.

Dengan protes yang berlaku dalam Pakatan kerana tindakan Tun M selaku Presiden Pakatan menerima masuk sejumlah ahli parlimen yang melompat, DAP sudah tentu tidak akan berdiam diri. Walau Kit Siang cuba mengaburi dengan senyuman, beberapa ahli DAP telah memberi amaran dan isyarat jelas kepada PPBM agar akur dengan kekuatan DAP di dalam Parlimen.

Percaturan politik dalam Pakatan Harapan nampaknya tidak lagi membawa aspirasi Rakyat tetapi lebih kepada perebutan kuasa sesama mereka. Apakah nasib Rakyat akan terbela?