Saturday, 25 February 2017

BERANIKAH DAP DEDAH SUMBER DANA POLITIK MEREKA?





'DANA ISRAEL RM1.2 BILLION' - DAP TIDAK BERANI DEDAH DAKWAAN RAZALI?


Keghairahan DAP mempersoalkan mengenai program yang di buat oleh Pemuda Umno sejak kebelakangan ini menimbulkan persoalan, mengapa DAP bersikap 'Doble Standard' apabila memperkatakan mengenai ketelusan pihak lawan sedangkan parti itu sendiri hingga kini tidak menjawap persoalan tentang 'DANA ISRAEL' berjumlah RM1.2 biliion yang di dakwa oleh bekas ahli mereka sendiri.

Sejak dibongkarkan oleh Mohamad Razali hingga kini Lim Kit Siang masih berdiam diri dan enggan mengulas sepatah pun berkaitan hal tersebut. Seperti mana yang rakyat tahu, DAP sering menganjurkan 'Jamuan' bagi mengutip dana dengan jualan meja yang mencecah ribuan ringgit bagi setiap satu tetapi pernah atau tidak mereka mengistihar berapa kos menganjurkan program tersebut dan berapa pula hasil kutipan 'DERMA' yang mereka dapati? Seperti memaksa setiap ahli DAP menyumbang bagi menikmati 'makanan gerai tepi jalan', pernahkah DAP membentang audit kewangan mereka setiap kali membuat jamuan sepertinya?

Itu belum masuk kisah sambutan 'Harijadi Dewa DAP' yang berlangsung di hotel mewah dengan pelbagai peragaan serba mewah dari menantu dan keluarga Lim Kit Siang. Dari mana pula datangnya peruntukan DAP bagi menganjurkan 'PESTA' yang di percayai menelan belanja yang agak mahal. Pakaian menantu sahaja berkilauan sarat dengan hiasan batu permata yang sudah semestinya bukan berharga 'bundle'? Adakah setiap wakil rakyat DAP menyumbang setahun gaji mereka bagi meraikan harijadi Kit Siang? Begitu mewah perbelanjaan ketika itu namun tiada siapa dari kalangan DAP mempertikaikan dari mana mereka 'memetik daun duit' tersebut. Adakah semua ini dari sumber yang di dakwa Razali? 


Sepertimana yang sedia maklum, sumbangan dana kepada DAP bagi pergerakan parti tersebut tidak pernah didedahkan mereka sepanjang parti itu wujud. Mengapa begitu takut mendedahkan sumber kewangan? Adakah mereka 'BERLAKON' mencari makan dengan hasil perniagaan kontrak kerajaan di mana kemudiannya disalurkan bagi membiayai semua kempen menjatuhkan BN di seluruh negara? Belum lagi rakyat bertanya dari mana datangnya duit DAP membuat siri jelajah berupa 'hasutan' ke setiap pelusuk negara bukan? Adakah DAP mendapat 'DERMA KHAS' bagi mengisi tangki minyak kenderaan yang digunakan untuk setiap jelajah mereka? 

Bagi setiap kempen DAP, pasti mereka menjemput tetamu bagi meyakinkan hadirin mempercayai apa sahaja yang mahu disampaikan dan semua itu termasuk kos perjalanan tetamu serta penginapan yang perlu disediakan. Siapa yang mengeluarkan belanja untuk perkara seperti itu dan dari mana pula sumber mereka? Bagi setiap pekerja yang menjayakan kempen pasti ada imbuhan yang diberikan dan itu semua perlu dijelaskan kepada rakyat jika DAP benar benar TELUS. Sedangkan Setiausaha Agung DAP pun dikatakan membuat urusan pembelian hartanah di bawah harga sebenar hingga di heret ke Mahkamah inikan pula setakat sumber sumber kewangan 'TEPI' dari lain lain urusan. 

Percayalah jika DAP di desak untuk mengemukakan semua laporan hasil pendapatan dan perbelanjaan mereka pastinya segala alasan dan penafian akan digunakan atas alasan itu HAK Parti. Beranikah DAP berbuat demikian jika mereka berani mendesak pihak lain berbuat demikian?