Saturday 4 February 2017

CAJ AIR SELANGOR NAIK 72%? - AZMIN CARI HELAH KENAKAN RAKYAT SELANGOR?




PKR KEJAM NAIKKAN TARIF AIR HINGGA 72% - INI CONTOH KEBAJIKAN KEPADA RAKYAT SELANGOR?


Kerajaan PKR Selangor sekali lagi membebankan rakyat Selangor dengan caj tarif bekalan air bersih kepada seluruh negeri tersebut. Dikatakan menaikan kadar tarif hingga 72% akan menimbulkan masalah kepada rakyat. Mengapa sebuah kerajaan yang melaungkan slogan Negeri Berkebajikan kini mengenakan tarif yang tidak berpatutan dengan bekalan air yang menjadi mimpi ngeri buat rakyat Selangor?

Sudahlah rakyat Selangor dikenakan caj RM0.20sen bagi setiap helaian plastik beg yang kemudiannya dinafikan oleh Azmin sebagai sumber kewangan kepada kerajan pimpinannya kini rakyat akan dibebankan dengan kos tarif air pula. 

Mengenakan caj pada kadar RM0.57 sen bagi 0 - 20 meter padu amat berbeza dengan caj yang dikenakan Pengurusan Air Pahang (PAIP) yang hanya mengenakan RM0.37 sen bagi 0- 18 meter padu air bersih yang dibekalkan. Kadar minimun caj oleh SYABAS pula turut menarik perhatian apabila berbeza dengan caj PAIP. SYABAS mengenakan caj minimun pada kadar RM6.00 manakala PAIP pula hanya RM3.00 bagi setiap buah rumah. Perbezaan ketara ini diyakini akan membuka mata rakyat Selangor betapa kekejaman PKR dalam menekan rakyat Selangor menggunakan caj yang tidak di sangka sangka.

Perbandingan antara caj Selangor dan Pahang 

Klik : SYABAS

Adakah Azmin bersedia menerangkan kepada rakyat Selangor mengapa kadar caj yang dikenakan kepada rakyat amat berbeza sedangkan bekalan air sering mengalami gangguan bekalan berikutan keengganan beliau meneruskan usaha mantan MB terdahulu Tan Sri Khalid Ibrahim yang mehu bekerjasama dengan kerajaa pusat bagi memulihkan bekalan air di Selangor?

Perlu diingatkan kerajaan PKR Selangor sudah acapkali bermain 'wayang' apabila rakyat Selangor menimbulkan persoalan mengenai keperluan asas dalam rumah ini. Bagi mereka bekalan air amat penting dalam kehidupan tetapi PKR Selangor terus mempermainkan soal ini apabila berbolak balik untuk menyelesaikan perkara utama itu. Walau melaungkan Selangor akan menjadi negeri yang prihatin dengan rakyat, isu air sebenarnya mungkin menjadi 'peluru' bagi Azmin untuk terus memburukkan kerajaan pusat seperti beliau terangkan kepada seorang warga emas di Sabak Bernam yang bertanyakan kepadanya mengapa kerajaan PKR Selangor enggan memansuhkan caj GST di Selangor.

Azmin yang kini makin terhimpit dengan pelbagai isu mencari alasan mudah melepaskan diri dari tanggungjawab selaku Menteri Besar Selangor. Beliau dikatakan ada konflik dengan Rafizi Ramli berikutan laporan skandal rasuah yang di dakwa Rafizi berlaku dalam pentadbirannya mula terasa bahang apabila aktivis PKR sendiri mendedahkan beberapa lagi skandal yang mengaitkan Azmin dalam salahgunakuasa. Malah beliau hingga kini belum lagi mendedahkan identiti penderma RM9.8 juta untuk Gerbang Selangor walau pernah berjanji akan mendedahkannya.


Kemana sebenarnya intergriti Azmin dan PKR Selangor dalam soal keprihatinan terhadap isu rakyat Selangor? Adakah dengan membentangkan Bajet 2017 Selangor maka itu sudah boleh dikatakan sebagai kejayaan untuk rakyat Selangor? Sejarah membuktikan PKR tidak pernah menunaikan janji janji menifesto PRU mereka dan berkeras mengatakan menifesto bukanlah janji kepada rakyat Selangor. Sudah tiba masanya rakyat Selangor khusunya dan rakyat Melaysia melihat serta menilai prestasi sebenar PKR dalam politik yang mengutamakan Keluarga Anwar dan pembebasan Anwar Ibrahim yang masih di penjara kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya.

No comments:

Post a Comment