Thursday, 9 February 2017

MAHATHIR TIDAK BAWA MANFAAT SEBAGAI PEMIMPIN, BUKAN KAWAN SELAMANYA - CHEN MAN HIN





MAHATHIR TIDAK BAWA MANFAAT SEBAGAI PEMIMPIN - CHEN MAN HIN (DAP)

Pengasas Democratic Action Party (DAP) Chen Man Hin menyifatkan Mahathir hanya sebagai 'kawan' tetapi tidak boleh menjadi kawan selamanya. Pengakuan ini sekaligus menunjukkan sikap prejudis DAP dalam perkauman masih tebal dan diamalkan hingga hari ini di sebalik kerjasama antara PPBM dan DAP yang kini sedang 'hangat bercinta' hingga Lim Kit Siang sanggup bersama Mahathir mendepani isu skandal Forex dan BMF yang terbongkar kebelakangan ini.

“Tetapi Mahathir juga kawan,” katanya sekali lagi selepas berfikir seketika. Beliau menekankan keperluan untuk menghulurkan tangan kepada Mahathir dan bekerjasama dengan beliau untuk menjatuhkan regim yang zalim, meski Dr Chen sendiri telah pernah merasai kesan angkara Mahathir ketika Ops Lalang yang menangkap lebih 100 pemimpin politik dan aktivis sosial tanpa bicara di bawah ISA pada 1987.

Dr Chen tidak mengharapkan permohonan maaf untuk segala kesilapan lalu apatah lagi menganggapnya sebagai musuh. Beliau malah berkata Mahathir adalah rakan yang boleh dibawa bersembang. “Kita berkawan, tetapi kawan yang berjaga-jaga. Kita mungkin bukan kawan untuk selama-lamanya. Ia boleh berubah mengikut masa,” jelas beliau. Baginya Mahathir adalah sosok yang sentiasa mahu jadi ketua, bukan sekadar orang biasa. Menurutnya lagi, Mahathir tidak akan membawa manfaat sebagai pemimpin, namun baik untuk diajak duduk sekali sebagai rakan kerjasama.


Mengejutkan sekali pengakuan Chen apabila wartawa Roketkini bertanya kepadanya tentang pandangan beliau terhadap Mahathir yang kini sedang berusaha menggapai sesiapa sahaja untuk berpaut dalam strategi menjatuhkan Najib dan kerajaan Barisan Nasional. Walau Chen cuna menafikan perjuangan DAP hanya untuk kaum Cina dan mengibaratkan perjuangan parti itu mewakili seluruh kaum di Malaysia, umum mengetahui betapa diskriminasi yang diwujudkan dalam DAP tidak memihak kepada kaum lain sebagaimana yang Chen gambarkan. Beliau yang turut mengaitkan Umno sebagai sebuah parti Istana mungkin terlupa kewujudan Umno sebenarnya adalah untuk melindungi Hak Melayu dan Raja Raja Melayu daripada Malayan Union yang cuba di bawa oleh pihak British bagi mengawal semua pemerintahan di Tanah Melayu (ketika itu).

Sekali lagi pengasas DAP itu dangkal dengan pengetahuan apabila terlupa Umno merupakan parti yang berjuang dalam membebaskan Tanah Melayu ( Malaya) dari cengkaman British dan perjuangan ini bermula dari golongan bawahan dan bukannya bermula di Istana sebagaimana yang beliau dakwa. Penafian sejarah oleh Chen memang digunapakai oleh DAP untuk memberi gambaran kepada generasi muda seolah DAP adalah parti Naif yang mendahulukan rakyat dalam segala aspek walhal cara pemerintahan 'kuku besi' dalam DAP telah 'bercerita' mengenai parti tersebut.

Bagi Man Hin, PAS pula sekadar parti agama yang tidak sesuai dengan konsep DAP yang lebih mahu keterbukaan dalam hubungan politik. Memandang PAS sebagai parti yang boleh menyusahkan perjuangan Pakatan Harapan, PAS wajar disingkirkan awal dari kerjasama pembangkang dan memilih parti yang lebih terbuka menerima perjuangan DAP.


“PAS itu parti agama, mereka bukan parti sosialis. Kita cuba untuk membentuk pakatan dengan mereka, tetapi tidak mudah. Namun PAS tetap kawan kita. Mereka rakan seperjuangan,” jelasnya tersenyum.

DAP dan PAS telah pernah menjalin kerjasama dalam Barisan Alternatif pada 1999, dan kemudiannya Pakatan Rakyat pad 2008. Kedua-duanya berakhir di persimpangan dilema agenda negara Islam dan undang-undang hudud, yang jelas tidak wujud sama sekali dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimana pemikiran anak muda amat mudah dipesongkan oleh DAP dengan propaganda mudah dan di terima? Mereka memerhati keadaan sekeliling dan belajar bagaimana mahu menggunakan kesempatan dengan menarik perhatian anak muda yang agresif dan lantang bersuara lalu membuka ruang bagi mereka ini menyuarakan apa sahaja berbekalkan slogan 'kebebasan bersuara' yang selama ini memang di adaptasi dalam perjuangan DAP.

Dengan 'umpan' begini, anak muda yang masih mentah dan tidak tahu membezakan 'tunggangan politik' dan 'keldai politik' gemar sesuatu yang begitu menarik bagi di cuba. Risiko berdepan dengan tindakan undang undang telah dimaklumkan tetapi mungkin ada solusi dari DAP telah meyakinkan anak muda untuk terus bersama mereka dalam wadah DAP. Ini sekaligus memberi keyakinan tinggi kepada golongan sasaran bagi menerapkan semua propaganda DAP dengan mudah terhadap anak muda. Lewat kini, Felda merupakan sasaran terbaru DAP untuk di tembusi dan mereka dikatakan sedang mengintai bakat muda yang fasih berbahasa Melayu dan boleh menerangkan dasar dasar DAP kepada golongan generasi muda Felda untuk ditugaskan menembusi kawasan sensitif itu.

Mungkinkah DAP akan berjaya menembusi semua kawasan Melayu yang tidak pernah mereka tembusi selama ini menggunakan anak muda yang terlatih nanti?

BERSAMBUNG.......