Sunday, 23 December 2018

AHLI DAP 'WAJIB' SOKONG ICERD DILAKSANAKAN - BAKAL CALON DAP PAKAI TOPENG 'BUNTUT' BERDEPAN PENGUNDI MELAYU?

55% PENGUNDI  BUMIPUTERA, BERANIKAH BAKAL CALON DAP NYATAKAN PENDIRIAN DALAM ISU ICERD?

Dengan 33% pengundi Melayu dan 21.6% pengundi Orang Asli di P078 Cameron Highlands sudah pasti isu ICERD bakal jadi antara topik hangat dalam kempen PRK CH yang akan berlangsung pada 26 Januari 2019. Bekas calon DAP yang kini sedang giat mempromosi diri sudah tentu mengelakkan diri dari menyentuh perkara tersebut dihadapan pengundi Melayu dan Masyarakat Orang Asli bagi mengelakkan kecaman.

Bagaimanapun seruan oleh Adun Tanah Rata dan Tras dalam satu petikan surat sokongan meratifikasikan ICERD mempunyai nada berbeza. DAP yang membawa agenda Deklarasi Setapak mahu semua ahli DAP menyokong ICERD untuk dikuatkuasakan di Malaysia. Pendirian bekas calon DAP dalam isu berkaitan tidak diketahui namun sebagai Ahli DAP sudah tentu beliau menyokong ICERD untuk dilaksanakan di Malaysia di sebalik tentangan yang dihadapi. Dikuatkan lagi dengan percaturan kerusi dominan di Parlimen, sekutu politik manakah dalam kalangan PH yang mampu menolak jika DAP beroleh majoriti suara Parlimen kelak?

Baca pautan meminta Ahli DAP menyokong ICERD -

DAP Malaysia | DAP harus sokong ICERD
https://dapmalaysia.org/statements/2018/11/09/27844/

Jika bakal calon mewakili PH datangnya dari DAP maka beliau WAJIB mengumumkan pendirian beliau berkaitan ICERD di hadapan pengundi CH dan bukan bermuka muka apabila bercakap di hadapan audien berbeza. Bukan tidak kenal sikap pemimpin DAP yang mempunyai 'Seribu Wajah' apabila berdepan kelompok berbeza. Sudah pasti kenyataan mereka akan dipengaruhi sentimen 'Dengan Siapa Mereka Bercakap' bagi beroleh keuntungan politik parti. Beranikah bakal calon DAP secara jelas membuat kenyataan MENOLAK ICERD? Jangan pula kelak membuat pusingan U apabila menerima tekanan daripada kepimpinan atasan DAP kerana rekod banyak menunjukkan sikap sebenar mereka.

Dipercayai bakal calon DAP nanti akan dinasihatkan untuk tidak menyatakan apa apa pendirian dalam isu ICERD bagi mengelakkan kehilangan sokongan pengundi Bumiputera sekaligus menjejaskan peluang mereka merampas kerusi CH dari tangan Barisan Nasional sejak parlimen berkenaan diwujudkan

Bakal calon DAP sudah pasti akan menuding permasalahan yang dihadapi masyarakat Orang Asli sebagai kegagalan BN dan menggembar-gemburkan bahawa DAP sangat prihatin dengan 21.56% pengundi ini. Suka diingatkan BN telah menubuhkan JHEOA dan JAKOA bagi memastikan kebajikan Kaum Orang Asli terbela dan mereka tidak didiskriminasikan, jadi bakal calon DAP pasti akan cuba mempengaruhi 33% pengundi Melayu untuk menerima propaganda politik mereka di sebalik isu ICERD yang menerima tentangan hampir 1.7 juta rakyat semasa Himpunan Bantahan ICERD di Kuala Lumpur baru baru ini.

Kepada pengundi CH anda berhak memilih dan laksanakan kewajipan anda pada 26/1/2019 nanti. Jangan lupa desak bakal calon DAP NYATAKAN PENDIRIAN dalam isu ICERD.

No comments:

Post a Comment