Sunday 29 January 2017

"MAHU BAGI DUIT DIA TAK MAU" - KOMEN JELIK PESALAH LALULINTAS TERHADAP PENJAWAT AWAM




MENGAKU MAHU MEMBERI RASUAH KERANA KESALAHAN LALULINTAS - KOMEN BIADAP TERHADAP PEGAWAI JPJ MENYENTUH SENSITIVITI PERKAUMAN

Sambutan Tahun Baru Cina seakan tidak memberi keseronokan kepada seorang pengguna jalanraya yang menyalahkan pegawai JPJ (Jabatan Pengankutan Jalanraya) yang mengambil tindakan terhadap pemandu yang melakukan kesalahan menggunakan lorong kecemasan untuk pulang 'Makan Besar'.

Komen yang agak biadap dinaikmuat oleh pesalah berkenaan dan beliau secara terus terang mengakui cuba memberi rasuah kepada pegawai bertugas bagi melepaskannya dari tindakan undang undang. Turut menyumpah dengan kata kata kesat, pemandu tersebut tanpa rasa bersalah menyalahkan pegawai JPJ berkenaan atas saman terhadapnya. Seperti lazim apabila tiba hari perayaan, Ops Sikap akan dilaksanakan di seluruh negara dan penggunaan lorong kecemasan merupakan kesalahan mandatori dan sebagai pengguna jalanraya, pemandu tersebut tidak cakna terhadap kesalahan yang dilakukan serta menganggap tindakan yang dikenakan tidak adil baginya.

"kami guna jalan kat lorong kecemasan ma, rush nak balik makan cny..bagi duit dia(pegawai JPJ) tak mau, takan nak isap but* kurap dia sana"

Komen tersebut tular dalam laman media sosial dan netizen yang membacanya turut menyatakan kemarahan kerana sikap biadap pemandu tersebut dalam komen beliau. Apakah sikap ini menjadi 'Trend' pemandu sekarang yang mahu kebebasan bersuara? Tidakkah pemandu tersebut sedar beliau sebenarnya yang melakukan kesalahan dan boleh menyukarkan keadaan jalanraya sekiranya berlaku kecemasan?

Mungkin pihak berkuasa boleh memberi perhatian terhadap apa yang telah dinaikmuat oleh pemandu tersebut yang secara jelas mempunyai niat untuk merasuah penjawat awam kerajaan. Bayangkan jika pegawai tersebut menerima pemberian rasuah dari pemandu itu lantas ditularkan oleh pemandu dan menyalahkan kerajaan kerana penjawat awam menerima rasuah maka akan bertempiklah segala genap suara pembangkang mengambil kesempatan untuk mempengaruhi rakyat bahawa penjawat awam 'kaki rasuah'. 

Inikah nilai mrni rakyat Malaysia yang berbilang kaum? Komen sensitif yang berbau perkauman ini pasti mengundang perasaan kurang senang antara masyarakat majmuk Malaysia apatah lagi dalam suasana sambutan Tahun Baru Cina yang diraikan oleh semua lapisan rakyat Malaysia. Seharusnya pemandu tersebut bersemuka dengan pegawai berkenaan dan meminta maaf atas kebiadapan beliau yang menyentuh isu perkauman dalam komennya dan meminta maaf kepada seluruh kaum yang telah beliau cemuh,

No comments:

Post a Comment