Thursday 5 January 2017

PKR SELANGOR AKAN TERIMA PADAH PADA PRU14 - KONTROVERSI MEWARNAI PEMERINTAHAN AZMIN ALI


KONTROVERSI DEMI KONTROVERSI MELANDA AZMIN ALI - PKR BAKAL HILANG KUASA DI SELANGOR PADA PRU14?

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang mendesak kerajaan Persekutuan mengagihkan peruntukan samarata antara negeri negeri sepatutnya memandang serius jumlah hutang Selangor kepada Pusat yang mencecah RM1.32 billion. Jumlah tersebut dibentangkan oleh Kementerian Kewangan menjawap soalan Teresa Kok (Adun Seputeh) dalam jawapan bertulis di Parlimen pada 15 Mac 2016.

Kementerian Kewangan menjawap soalan Teresa Kok yang mahukan penjelasan berkenaan jumlah hutang kerajaan negeri yang masih belum di bayar kepada Putrajaya.

Jumlah hutang kerajaan negeri Selangor yang agak tinggi tidak menunjukkan peningkatan pengurusan ekonomi yang lebih baik oleh PKR yang memerintah Selangor sejak 2008. Azmin yang mengambil alih kerusi MB dari Tan Sri Khalid Ibrahim sebenarnya tidak mampu melangsaikan hutang berkenaan berikutan belanjawan negeri Selangor yang mencatatkan defisit berjumlah RM2.42 billion pada 2015.

Azmin mendakwa Selangor menjadi penyumbang satu perempat dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mahu kerajaan Persekutuan mengagihkan hasil pendapatan negara samarata kepada Selangor sepatutnya mempertimbangkan dahulu apa sumbangan PKR dan Pakatan Harapan terhadap ekonomi negara. Dengan skandal menghiasi pentadbiran Pakatan di Selangor, Azmin sewajarnya meningkatkan pencapaian ekonomi Selangor dan berusaha membayar semua tunggakan hutang negeri kepada Putrajaya.

BACA : SINI

Walau Azmin membentangkan ‘Bajet Smart Selangor’ berjumlah RM2.88 billion untuk tahun 2016, berlaku terlalu banyak ketirisan wang rakyat dalam perlaksanaannya. Dengan projek ‘hilang akal’ Azmin mengecat pintu gerbang Selangor bernilai RM9.8 juta dengan dakwaan dibiayai penderma, skandal balak Selangor turut menduduki carta pembaziran wang rakyat malah isu pembaziran Azmin yang membuat projek pengubahsuaian kubah masjid negeri Selangor turut mencuri perhatian rakyat namun begitu pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah(SPRM) hanya menutup mata dalam pendedahan yang dibongkar oleh aktivis PKR sendiri iaitu Chegu Bard.

BACA : SINI

Siapakah sebenarnya ‘penderma’ bagi membiayai kos projek Gerbang Selangor? Mungkinkah Rafizi mengenali identiti individu tersebut dan enggan mendedahkannya kerana wang yang digunakan oleh kerajaan Selangor bagi mendahulukan bayaran kepada kontraktor bukan wang rakyat? Sehingga hari ini identiti penderma untuk projek berkenaan masih dirahsiakan oleh Azmin dan hasil dari projek berkenaan dipersoalkan kebanyakan rakyat Selangor yang tidak percaya dengan belanja sebanyak RM9.8 juta dengan hasil kerja yang ditunjukkan. Adakah Azmin cukup berani membentangkan segala kos sebenar keseluruhan projek berkenaan kepada umum?

Ketirisan ini merupakan antara penyumbang mengapa Selangor tidak mampu membayar hutang negeri kepada Persekutuan malah Azmin mendakwa Selangor mencatatkan peningkatan pelaburan bernilai RM7.96 billion pada 2015 berbanding RM 7.04 billion pada 2014. Peningkatan RM0.92 billion ini sepatutnya membolehkan kerajaan Selangor menerima hasil kutipan cukai yang agak lumayan namun Azmin hanya berbangga dengan angka dan tidak pada praktikalnya.

Kemana sebenarnya hasil kerajaan negeri dibelanjakan Azmin sepanjang beliau mentadbir Selangor? Infrastruktur jalanraya Selangor menjadi igauan pemandu yang berulang alik di negeri tersebut masih pada takuk lama malah menjadi semakin kritikal apabila tiada tindakan proaktif dari kerajaan negeri untuk memperbaiki keadaan. Dengan hanya membelanjakan peruntukan MARRIS bernilai RM600 juta yang disalurkan kerajaan Persekutuan, Selangor sendiri tidak memperuntukan sejumlah bajet untuk membaik pulih jalanraya yang rosak tetapi menumpukan kepada projek yang boleh mendatangkan laba buat kantung PKR.

Rakyat Selangor seharusnya membuka mata mereka atas pembaziran wang yang dilakukan Azmin dan Pakatan Harapan di Selangor. Bagaimana kerajaan Selangor boleh terhutang dengan Pusat jika Azmin mendakwa Selangor menyumbang satu perempat dari KDNK? Bagaimana pula dengan dakwaan Bard mengenai pembaziran wang rakyat yang dilakukan Azmin? Malah identiti penderma projek gerbang Selangor tidak mampu didedahkan Azmin dan kerajaan negeri mendahulukan perbelanjaan kos projek berkenaan.

BACA : SINI

Terlalu banyak persoalan yang timbul mengenai ketelusan PKR dan Pakatan Harapan sejak mengambil alih pemerintahan namun rakyat akan diberikan ‘gula gula’ bagi mengalih perhatian kepada isu yang timbul. Malah hingga kini kebanyakan dari janji Pakatan Rakyat dan PKR di Selangor semasa Pru13 tidak ditunaikan.

Krisis bekalan air turut mewarnai pentadbiran Azmin hingga memaksa Jamal Yunus membuat kejutan kepada MB Selangor dengan bertuala untuk menumpang mandi di bangunan SUK Selangor dan ini sebenarnya menefestasi kesengsaraan rakyat Selangor selama berada ddi bawah pentadbiran Azmin. Rakyat Selangor perlu membuka mata mereka kerana tiada janji PKR yang ditepati oleh kerajaan Pakatan Harapan walau mereka menjanjikan 'bulan bintang' sewaktu mahu memikat undi.


Pihak berwajib pula dikatakan seperti enggan menyiasat semua laporan terhadap penyelewengan yang dilakukan Azmin dan Pakatan Harapan atas alasan yang tidak logik. Benarkah ada 'hubungan istimewa' antara mereka kerana rakyat sudah mula berbisik sesama mereka mengenai ketelusan siasatan yang melibatkan kerajan Pakatan Harapan terutama PKR Selangor? Bukan sedikit perkara melibatkan perlakuan meragukan oleh PKR Selangor yang masih belum di ambil tindakan sewajarnya dan ini yang di persoalkan netizen Selangor sendiri.

BACA : SINI

Hari ini pada tahun 2017, PKR Selangor sekali lagi seperti cuba mengutip wang rakyat Selangor secara halus apabila mengenakan bayaran sebanyak RM0.20 sen bagi setiap helaian beg plastik yang di minta oleh pembeli di mana mana hypermarket serta supermarket di Selangor. Persoalan yang timbul kemana sebenarnya wang tersebut akan pergi? Adakah pihak penjual akan mengutip hasil jualan beg plastik tersebut atau ada mekanisme tertentu dalam memastikan setiap sen dari jualan beg plastik akan terus ke akaun kerajaan negeri? 

Imej Azmin selaku Menteri Besar Selangor semakin tercalar dengan pelbagai kontroversi yang melanda pentadbirannya termasuk krisis dalaman PKR sendiri bilamana kisah kekayaan pegawai khas kepada salah seorang wakil Parlimen PKR terbongkar. Jadi di manakah intergriti PKR Selangor untuk terus menerajui Selangor hingga ke PRU14? 

ARTIKEL ASAL Baca : SINI


No comments:

Post a Comment