Monday, 3 April 2017

MEDIA SINGAPURA 'BIADAP' - TERUS BERDIAM DIRI SELEPAS MEMBENARKAN BADUT MEMPERKECILKAN PEMIMPIN MALAYSIA

NAJIP ALI TERIMA 'ARAHAN' SIAPA UNTUK JATUHKAN MARUAH NAJIB RAZAK?


Kecaman netizen Malaysia terhadap sebuah rancangan terbitan MediaCorp Singapura makin kuat berikutan komen dari 'Badut' jemputan memperlekehkan Perdana menteri Malaysia Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak. Tular rakaman berdurasi 1 minit 15 saat di laman media sosial mengenai keceluparan beberapa badut jemputan.

Dalam rancangan tersebut, seorang panel badut ialah Najip Ali yang merupakan juri jemputan Astro dalam rancangan MaharajaLawak Mega 2017. Beliau merupakan pencetus kepada komen komen yang cuba merendahkan maruah Najib Razak apabila di minta pengacara meneka apakah ayat sebenar PM Malaysia dalam laman sosial.

Ayat sebenar PM Najib di media sosial ialah "Najib slams 'fake news' for threatening Malaysia's progress".


Bagaimanapun badut Singapura yang meneka ayat PM cuba mengheret maruah Najib Razak hingga dikaitkan dengan karektor terbitan Disneyland - Beauty and The Beast - merujuk kepada Najib dan isteri beliau. Lebih memburukkan komen apabila seorang lagi BADUT cuba membuat humor apabila mengaitkan 'Bomoh Kelapa' dengan Najib Razak dan cubaan mengaitkan pelaburan Raja Arab Saudi bernilai USD 7 billion juga diperkatakan oleh mereka.

Ternyata Badut Badut Singapura ini tidak memahami makna pelaburan yang dilakukan oleh Kerajaan Arab Saudi di Malaysia dan secara sinis mempersoalkan mengapa sering Raja Arab melabur di Malaysia. Kebodohan artis keluaran Singapura ini tidak hanya terhenti di situ apabila hilai tawa mereka berselang seli dengan komentar memerli kerajaan Malaysia di bawah Najib Razak.

Najip Ali selaku juri jemputan MLM 2017 sepatutnya tahu beliau mencari makan di Malaysia dan sebagai seorang Badut beliau juga perlu tahu batasan apabila memperkatakan mengenai negara lain walau ianya sekadar humor. Beliau yang di serang oleh netizen yang marah memaksa Najip menutup akaun Instagram kerana tidak tahan dengan kecaman serta kemarahan rakyat Malaysia. Mungkin bagi rakyat Singapura membuat lawak sinis terhadap individu dari luar Singapura merupakan perkara biasa kerana mereka tidak berani berbuat demikian terhadap pemimpin mereka dan sudahnya mencari kambing hitam untuk di cerca.

Najip Ali hingga hari ini tidak tampil membuat ulasan mengenai perkara ini sekaligus menimbulkan persoalan apa niat sebenar beliau atau sememangnya beliau meneriam 'arahan' tertentu untuk berbuat demikian?

Astro selaku stesen penyiaran yang membuka ruang buat Najip Ali perlu mengambil tindakan segera menangani kemarahan netizen yang mengikuti rancangan tersebut dan dikhuatiri jika tiada tindakan di ambil pihak Astro mungkin berdepan dengan kempen 'BOIKOT ASTRO' yang semakin tular di media sosial. Mahukah Astro mengambil risiko mengekalkan Najip Ali atau sememangnya mereka bersetuju dengan tindakan Najip Ali di dalam rancangan terbitan MediaCorp?

Teori mengenai serangan MediaCorp terhadap kerajaan Malaysia sudah mula kedengaran dan pihak MediaCorp masih berdiam diri mengenai kecaman yang telah mereka terima. Adakah benar MediaCorp membuat serangan tersebut secara tanpa sedar dan menggunakan media audio visual bagi mengambil hati individu tertentu?