Tuesday, 11 April 2017

MOHON MAAF - APA NIAT SEBENAR AKHBAR NANYANG SIANG PAU?


SAMAKAN SPEAKER DAN HADI DENGAN MONYET - APA NIAT SEBENAR NANYANG SIANG PAU?

Satu paparan berupa kartun dalam akhbar Nanyang Siang Pau secara jelas menghina Speaker Dewan Rakyat yang bertindak tegas semasa sidang dewan ketika pembentangan Ruu355 dilakukan oleh Presiden Pas di Parlimen tempohari. Kartun yang memaparkan imej monyet beserban yang digambarkan sebagai Hj Hadi dan seekor lagi monyet sebagai Tan Sri Pandikar Amin Mulia jelas menghina Institusi Dewan Rakyat yang merupakan dewan tertinggi negara bagi sebarang penggubalan undang undang negara.

Nanyang Siang Pau merupakan akhbar aliran perdana dan telah lama beroperasi namun demikian untuk Ruu355 mereka telah bertindak seperti 'Kera Kena Belacan'. Mengapa terjadi perkara sedemikian jika tiada kalangan 'orang dalam' yang melatah? Adakah Editor akhbar berkenaan mendapat 'arahan' dari orang tertentu untuk mengeluarkan paparan kartun dan sindiran dalam bentuk komik bagi menjatuhkan Maruah Dewan Negara? Perkara ini sama sekali sukar di terima rakyat terutama ahli Pas yang melihat perbuatan Siang Pau menyamakan Presiden mereka setaraf dengan seekor monyet.

Benar ada permohonan maaf dilakukan Nanyang Siang Pau namun kerosakan telah berlaku. Antara individu terakhir dalam proses penerbitan sesebuah akhbar, Ketua Pengarang serta Ketua Editor merupakan antara yang berkuasa untuk melepaskan atau menghalang satu artikel mahupun kartun yang tidak sesuai dari di cetak. Namun dalam hal penghinaan ini, mereka seperti menutup mata dan melepaskan imej kartun di cetak serta diedarkan kepada pembaca. Mengapa ini terjadi jika tidak ada niat lain?

Isu Ruu355 menjadi tamparan hebat kepada blok pembangkang di Parlimen terutama kepada DAP dan kepimpinan tertinggi mereka yang sedaya upaya menghalang Hadi membentangkan usul tersebut. Bukan DAP sahaja yang menghalang, malah sekutu sekutu dalam Pakatan Harapan seperti 'Keldai Suruhan' apabila turut bertindak melengahkan pembentangan usul dengan pelbagai cara. Jelas sekali satu permainan saikologi dari blok haluan kiri dimainkan ketika Hadi bangun membentangkan usul dan Speaker Dewan Rakyat terpaksa menggunakan kuasa menenangkan keadaan kecoh ketika itu. Selaku Speaker, Pandikar Amin Mulia berkuasa penuh mengarahkan mana mana ahli parlimen yang engkar denga arahan beliau supaya keluar dewan dan ini tanggungjawab Speaker telah dilaksanakan dengan begitu baik hingga mendapat pujian bukan sahaja penyokong kerajaan malah dari kalangan ahli Pas sendiri.

Persoalan yang mudah mengapa akhbar Nanyang Siang Pau tidak peka dengan sensitiviti rakyat terutama Umat Islam berkaitan isu Ruu355? Wartawan mereka mengikuti secara langsung pembentangan di Parlimen tetapi mengapa kartun penghinaan yang dikeluarkan jika tidak berniat 'songsang'? Apakah ada pengaruh dari blok pembangkang yang mempengaruhi Ketua Pengarang dan Ketua Editor akhbar berkenaan atau mereka cuba berlagak 'hero' bagi melariskan jualan akhbar? Bagaimanapun kerosakan imej telah berlaku dan Nanyang Siang Pau perlu mengambil tindakan tegas terhadap individu atas kecuaian ini bukan sekadar permohonan maaf.