Tuesday, 11 April 2017

SENTUH SENSITIVITI ISLAM - PDRM DI GESA AMBIL TINDAKAN TEGAS

KENYATAAN RASMI MCCF BERKAITAN KARTUN HINA ISLAM

Kuala Lumpur 11/4/2017

Pemimpin politik perlu bijak dan matang.

Antara faktor kemakmuran dan keamanan sesebuah negara adalah bersandarkan kepada kebijaksanaan serta kematangan berfikir dan bertindak di kalangan ahli politik samada dari parti pemerintah atau pembangkang.

Kami, MCCF melahirkan rasa kecewa yang tidak terhingga dengan kenyataan YB Datuk Ngeh Koo Ham yang menyentuh sensitiviti majoriti orang Islam di negara ini. Begitu juga dengan lakaran kartun berhubung isu RUU355 yang didapati dengan sengaja diterbitkan oleh sebuah akhbar Cina telah tular di media sosial.

Sebagai salah seorang bekas Veteran 69 Komando , Polis Di Raja Malaysia, saya menyeru agar pucuk pimpinan PDRM untuk mengambil tindakan tegas dan segera kepada mana-mana pemimpin parti politik yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan kebencian ini.

Ini kerana dikhuatiri ianya akan mengakibatkan tindak balas luar jangka dari pihak yang terkesan dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Ngeh Koo Ham berhubung isu murtad dan akhbar Cina yang mengeluarkan lakaran kartun berbentuk penghinaan kepada RUU355 yang sedang di bahaskan di Parlimen baru-baru ini.

MCCF yang merupakan sebuah badan NGO yang memperjuangkan Perpaduan dan Keamanan berharap semua komuniti masyarakat agar bertenang dan terapkan perpaduan serta serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan dari sudut undang-undang berkenaan isu-isu yang melibatkan perpecahan kaum dan penganut pelbagai kepercayaan agama.

Halim Ishak
Chairman
Board of Trustees
Malaysian Community Care Foundation (MCCF)