Wednesday, 26 April 2017

SELAMATKAN MALAYSIA - NAIB PRESIDEN PPBM DITAMATKAN LESEN GUAMAN?

Seorang Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah ditamatkan lesen guaman dan tidak boleh menjalankan aktiviti sebagai peguam sehingga diberitahu. Satu iklan yang dikeluarkan di akhbar menyatakan Abdul Rashid Bin Asari telah di potong dari menjalankan aktiviti guaman oleh Bar Council.

Abdul Rashid Asari yang dikatakan berjawatan Naib Presiden PPBM mempunyai isteri yang merupakan seorang ahli Wanita Umno (berjawatan) di Kapar Klang. Tidak dapat dipastikan sejauh mana dakwaan tersebut dan benarkah dakwaan bahawa beliau menggunakan isterinya sebagai sumber rujukan memburukkan Umno selama menjadi Naib Presiden PPBM.

Kebobrokan dalam PPBM ini semakin jelas apabila mereka yang mempunyai kepentingan peribadi sudah mula menunjukkan sikap sebenar politik dangkal. Selepas kehendak mereka tidak dipenuhi maka pegangan politik semakin goyah di mana akhirnya tindakan keluar parti di ambil sebagai protes terhadap kepimpinan atasan parti tersebut. Rakyat menilai kemampuan mereka ini dan menimbang samada mereka mampu menjaga Rakyat serta Menyelamatkan Malaysia seperti slogan PPBM yang selalu dilaungkan namun dengan semua konflik yang timbul ternyata slogan itu hanyalah retorik.

Jika Abdul Rashid yang merupakan seorang peguam boleh di potong nama dari BAR Malaysia bagaimana beliau mampu untuk menjadi pemimpin? Lesen guaman bukan sesuatu yang mudah untuk di dapati para peguam yang ingin menjalankan khidmat guaman. BAR Malaysia merupakan badan tertinggi dalam Institusi yang mengeluarkan lesen guaman serta boleh menggantung khidmat seorang peguam yang melanggar syarat yang ditetapkan. Dalam kes Abdul Rashid tidak dinyatakan apa kesalahan beliau hingga namanya di potong dari BAR Malaysia. Semestinya kesalahan besar telah dilakukan oleh beliau hingga menyebabkan perkara ini berlaku.