Wednesday, 19 April 2017

'MUSANG' TUNJUK BELANG SEBENAR - POLITIK HANYA DEMI KUASA


PPBM BAKAL BERKUBUR - DRAMA ATAU SUDAH SEDAR?

Tidak mengejutkan apabila Kamarul Azman Habibur Rahman umum keluar dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang beliau dakwa diasaskannya. Dalam sidang media tengahari tadi, beliau yang juga penggerak GKCM melepaskan semua jawatan serta keluar dari PPBM kerana kecewa dengan kepimpinan tertinggi yang diterajui Mahathir Mohammad selaku penasihat parti.

Umum tahu GKCM telah menarik sokongan terhadap PPBM sebelum ini dan kemelut dalaman boleh dijangkakan apabila beberapa siri 'keluar parti' terjadi. Malah di Perak turut menerima tempias sama namun kerana ego yang tinggi mereka yang dipinggirkan masih terus berada bersama Muhyiddin namun segalanya sudah boleh di hidu apabila tersebar satu keratan kekecewaan seorang pemimpin PPBM Perak yang menyesal menarik orang ramai mendaftar sebagai ahli parti itu.

Mungkin mereka baru sedar matlamat sebenar PPBM hanyalah fokus kepada kedudukan serta perebutan jawatan dalam kerajaan selepas mereka jatuhkan BN dari Putrajaya. Apabila di asak apakah perancangan PPBM kepada Rakyat terutama penyokong, ternyata tiada jawapan konkrit mampu diberikan samada dari Presiden, Timbalan Presiden hinggalah Penasihat Parti. Apa yang penting bagi 3 individu ini hanyalah jatuhkan Najib dan bekerjasama dengan parti sekular sosialis yang pernah di kritik hebat Mahathir ketika berkuasa.

Kerjasama antara Mahathir dengan PELIWAT yang masih meringkuk dalam penjara juga mengelirukan kebanyakan ahli PPBM. Adakah Mahathir akan memberi kejutan dengan pengakuan segala yang dilakukan terhadap Anwar Ibrahim semasa masih Timbalan Perdana Menteri merupakan konspirasi beliau bagi memastikan kedudukannya sebagai PM terus kukuh? Walau isteri Anwar kelihatan mesra dengan isteri Mahathir, riak wajah mereka ternyata bercerita perkara sebaliknya.

Penglibatan kerjasama dengan Lim Kit Siang juga menjadi faktor goyahnya pendirian ahli PPBM yang selama ini memandang DAP sebagai penghalang utama kerakusan nafsu politik mereka. Malah pendirian Mahathir yang berubah 360° membingungkan kebanyakan ahli tetapi kerana taksubkan dengan 'Karamah' Mahathir mereka berdiam diri. Mungkin sudah tidak tahan dengan permainan politik, Kamarulzaman mengambil langkah drastik hari ini.

Umno seharusnya tidak mengulangi kesilapan dengan keluarnya kebanyakan pemimpin utama PPBM dengan memberi 'kalungan bunga malai' dan membenarkan mereka menggunakan pentas Umno bagi menelanjangkan kelemahan PPBM. Cukuplah dengan segala pengkhianatan yang pernah Umno lalui di masa lepas apabila ternyata mereka yang 'di sintuk limau' berpaling selepas kehendak tidak dipenuhi.

Sebaiknya mereka ini diawasi segala tindak tanduk selepas keluar PPBM kerana pernah melakukan pengkhianatan terhadap parti dan mungkin juga wujud unsur drama di sebalik segala tindakan keluar parti.