Presiden MCA yang bertegas akan meletakkan jawatan dari kabinet sepatutnya merenung kembali 'ambang' kekalahan beliau semasa PRU13 di Parlimen Bentong sebelum mengambil keputusan sedemikian.
Pengundi yang memberi kepercayaan kepada beliau bukan datang dari satu kaum malah kawasan Felda Mempaga merupakan antara penyokong kuat beliau dan majoriti pengundi di situ beragama Islam. Perspektif lebih luas perlu digikirkan oleh Tiong Lai berkaitan isu RUU355 yang sama sekali tidak menyentuh kepentingan penganut agama lain selain Islam.
Memetik kenyataan beliau dalam Utusan Online, Tiong Lai jelas sekali tidak memahami konsep berkongsi kuasa dan Agama Rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Negara. MCA merupakan komponen BN hampir 6 dekad dan sepatutnya mereka memahami konsep perkongsian kuasa tanpa melibatkan anutan agama lain lain kaum.
Sambil menegaskan sebarang rang undang-undang persendirian tidak harus diberikan sokongan, beliau berkata, usul rang undang-undang itu juga tidak seharusnya dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Saya tetap dengan pendirian seperti sebelum ini sekiranya rang undang-undang itu diluluskan maka saya akan letak jawatan. Apa yang lebih penting adalah saya akan tetap mendesak rang undang-undang itu tidak harus dibentangkan oleh Abdul Hadi.
Adakah Tiong Lai cuba mengenakan ugutan terhadap Perdana Menteri demi kepentingan politik beliau yang semakin kelam? Khabar angin bertiup kencang di Bentong reputasi Tiong Lai merudum dan beliau tidak disenangi golongan muda di Parlimennya sendiri. Adakah benar perkara ini yang membuatkan Tiong Lai cuba mencari populariti kembali dengan pembentangan RUU355 bagi mengembalikan keyakinan kaum Cina terhadapnya?
MCA seharusnya berasa malu kerana parti itu boleh dikatakan gagal dalam PRU13 apabila banyak kerusi yang ditandingi lepas ke pihak lain akibat intergriti parti yang semakin tidak diyakini kaum Cina sendiri. Mereka bergantung harap kepada pengundi dari kaum lain bagi mengekalkan kedudukan parti tersebut dalam jemaah menteri kabinet dan mahu menjadi suara kaum Cina tetapi tindak tanduk MCA tidak selari dengan apa yang sepatutnya diperjuangkan dalam satu kerajaan yang memberi ruang kepada kaum lain untuk sama sama mentadbir Malaysia.
Perbezaan pendapat dalam kabinet merupakan satu perkara yang sangat baik untuk kemajuan rakyat tetapi menyentuh kepentingan Agama adalah kesilapan jika dilakukan oleh mereka yang berada dalam kabinet dan Tiong Lai perlu berfikiran lebih terbuka dalam isu RUU355 bagi mengelakkan sebarang keretakan hubungan politik BN.
Adakah MCA terpengaruh dengan hasutan DAP yang menyarankan agar parti itu keluar dari BN jika Akta tersebut diluluskan di Parlimen? MCA perlu tegaskan pendirian parti dalam isu ini.
No comments:
Post a Comment