Monday 25 February 2019

PRK SEMENYIH - AMARAN ANWAR KEPADA MAHATHIR SAHKAN WUJUD KONSPIRASI DOMINO?

Anwar Beri Petunjuk Enggan Di Patuk 'Black Mamba' Kali Kedua



Tepat 4 September 2019 akan genaplah 21 tahun kisah yang menggemparkan seluruh negara terjadi. Anwar Ibrahim pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri di pecat oleh Dr Mahathir atas alasan moral dan bermulalah era reformasi dan demonstrasi jalanan yang dipelopori Anwar selepas era beliau sebagai Mahasiswa pada lewat 70an. Malaysia 'terkejut' apabila Dr Mahathir mendedahkan perlakuan 'seks sumbang' yang menjadi sebab mengapa tindakan memecat Anwar dilakukan malah di hadapan wartawan perlakuan Timbalan PM didedahkan.

Bermulalah zaman gelap politik Anwar sehingga beliau disumbatkan ke penjara selepas segala tilam dan cadar diusung ke Mahkamah sebagai bukti. Mata lebam, arsenik, sakit tulang belakang dan sebagainya menjadi antara topik panas ketika itu dan para reformis yang mendukung fahaman 'Anwarisme' bertempik pada Mahathir agar membebaskan idola mereka kerana yakin Anwar 'dikenakan' supaya karier politik Mahathir berpanjangan tanpa saingan. Ketika itu 'Roadshow' terpaksa dilakukan bagi mempertahankan keputusan Mahathir memecat Anwar di terima ramai. Ini sebahagian sejarah perjalanan politik Presiden PKR yang kini dalam persediaan mengambil alih tampuk dari Mahathir selepas Pakatan Harapan merampas Putrajaya pada PRU14.

Bagaimanapun apabila kenyataan berbaur AMARAN dikeluarkan terhadap Mahathir, pekung pergolakan dalaman Pakatan Harapan sudah mula terhidu. Bermula dengan KEKALAHAN Prk Cameron Highlands walau selepas Tun M turun ke Jelai, ada desas desus Prk Semenyih menjadi medan penilaian pimpinan tertinggi PH menilai semula kedudukan Mahathir serta PPBM sebagai PM dan parti dominan dalam PH. Pendedahan tulisan tangan angka angka (dikatakan matematik kerusi parlimen) penyingkiran nombor 1 oleh seorang aktivis PKR dikenali sebagai Chegu Bard pula menggemparkan. Sebagai Perdana Menteri tentu perkara ini sudah sampai ke pengetahuannya dan tindakan drastik perlu difikirkan seandainya berlaku sesuatu luar jangkaan di Parlimen. 

Amaran Anwar secara tidak langsung mendedahkan perangai sebenar yang tidak diketahui (buat buat tidak tahu) kebanyakan penyokong PPBM terutama pendukung Tun M. Sikap  Mahathir yang mencampuri urusan pentadbiran PM selepas beliau amat ketara sekali dan jika enggan akur maka akan dimusuhi. Inilah yang terjadi kepada Pak Lah satu ketika dahulu dan kemudiannya Dato Sri Najib turut menjadi mangsa kerakusan nafsu 'Gila Kuasa' Mahathir. Anwar yang sedar perlakuan ini mengambil langkah awal memberi amaran kepada Mahathir agar tidak menganggu perjalanan pentadbiran selepas beliau (Anwar) mengambil alih kerusi di Putrajaya. Bagi merealisasikan pengambil-alihan dari Mahathir ke Anwar, plan kontijensi amatlah diperlukan seandainya berlaku undi tidak percaya di Parlimen. Jika ini berlaku siapakah akan bersama Anwar dan siapakah akan memberi sokongan kepada Mahathir? Siapa pula 'King Maker' yang akan menentukan Perdana Menteri seterusnya? Benar dalam kempen Prk Semenyih nampak kerjasama antara komponen PH tetapi sejauh mana 'genggaman kerjasama' diterjemahkan masih jauh dari apa yang boleh dilihat. Hanya jentera PPBM nampak berusaha keras manakala yang lain akan tampil apabila pemimpin atasan parti mereka turun padang. Adakah ini protes atau sememangnya berlaku sabotaj sinis bagi memberi isyarat karier politik Mahathir kian menuju penghujung? Dikhabarkan Mahathir akan turun ke Semenyih sebelum tamat kempen tetapi lazim politik beliau ini petanda tempat tersebut akan kalah dan beliau sekadar melengkapkan kekalahan tersebut. Ingat lagi ketika Mahathir turun ke Sg Koyan lantas memberi ceramah sambil 'beratib' nama Najib dihadapan Masjid Sg Koyan yang peruntukan mengubahsuai diluluskan Najib ketika pemerintahan BN?

Anwar sebagai 'Bakal PM' sudah tentu enggan mengambil risiko dengan meletakkan cita cita politiknya di tangan Mahathir selepas peristuwa September 1998. Oleh demikian beliau perlu memastikan kedudukannya 'Kuat' dan sokongan penuh diterima daripada dominan PH iaitu DAP kerana ada jangkaan berlaku kaedah 'Lompat Parti' dari PKR ke parti lain. Setiap sokongan amat kritikal bagi Anwar bukan sahaja untuk memastikan gelaran 'BAKAL' dipadamkan malah untuk memastikan Mahathir TIDAK LAGI MENCAMPURI URUSAN PENTADBIRAN selepas pencen kali kedua.

5 comments:

  1. MINTA DI JAUH KAN NEGARA INI DI KEPALAI OLIH BEKAS PESALAH LIWAT

    ReplyDelete
  2. Ini hal dalaman PH. Suka tak suka, manusia wajar berpegang kepada janji. Janji telah dilafaz berkali-kali dan wajar ditunaikan kerana rakyat sudah memilih dan ikatan janji sudah dimeteri. Memang Tun M jagoan mungkir janji, cakap tak serupa bikin dengan pelbagai alasan. Ini termasuk kata-katanya bahawa jika rakyat tak suka, dia akan berundur. Amat jelas kini rakyat tidak menyukai Tun M. Semenyih akan menjadi bukti dan jika Ppbm tewas, Tun M kena letak jawatan. Beri peluang kepada Anwar sebagaimana pakatan janjikan atau bubarkan Parlimen. Apa sekali pun percaturan Tun M, diluah mati emak ditelan mati bapak. Kerajaan PH Insya Allah pasti goyang kerana dibina atas sendi yang rapuh dan kepentingan diri mengatasi segalanya. Tun M wajib bersyukur kerana dia masih terlepas daripada hukum duniawi.

    ReplyDelete
  3. Anwar tiada nilai politik semasa...hanya layak menukil puisi dua alam..

    ReplyDelete
  4. Anwar sudah dibuktikan kesalahannya.. video seksnya pun sudah ditonton satu dunia sukar disangkal.. tdk layak utk jd PM.. memalukan negara.. sudah2 lah

    ReplyDelete
  5. Dua² (mahathir & nuar) tak blh dipercaya. Kita yg waras tahu, kerjasama politik ph ini bukanlah kerjasama yg genuine dan konsisten, tp lebih kpd agenda peribadi.

    ReplyDelete