Friday 22 February 2019

PRK SEMENYIH - GANTI BaSaH BUJANG RM100 DENGAN 10 SEN KENAIKAN HARGA PETROL, JANJI KENA CAPATI LAGI

BaSaH Bujang RM100 Digantikan Dengan Kenaikan 10 sen Harga Petrol, Siapa Akan Di Tuding?


Skim Bantuan Sara Hidup (BaSaH) untuk golongan bujang sebanyak Rm100 yang diumumkan Menteri Kewangan baru baru inu mendapat pelbagai reaksi rakyat terutama golongan Bujang. Belum reda kisah Rm100 di bibir rakyat, hari ini harga bahan bakar (petrol) pula mengambil takhta.


Pengumuman kenaikan sebanyak 10 sen pasti akan memberi impak tinggi terhadap pengguna. Terbayang JANJI PAKATAN HARAPAN dalam manifesto mereka akan menstabilkan harga petrol sekaligus teringat FORMULA PH sebelum ini yang menyatakan mereka mempunyai mekanisme tersendiri bagi merendahkan harga petrol. Masihkah anda ingat semua JANJI MEREKA? Cuba kita tanyakan mereka (PH) masihkah mereka ingag JANJI MEREKA.


Adakah ini sebahagian KONSPIRASI komponen dalam Pakatan Harapan menjatuhkan pihak tertentu dengan menaikkan suhu kemarahan rakyat dikala menghadapi PRK Semenyih? Sebagaimana dikatakan ada usaha tertentu melibatkan parti dalam PH yang berseteru kerana tidak setuju dengan tindakan tertentu yang diambil oleh individu dalam Pakatan Harapan. Tidak mustahil segala amarah rakyat akan disalurkan atau ditujukan kepada seseorang untuk dipertanggungjawabkan. Inilah muslihat politik yang tidak ramai sedari dan ia bakal menjadi 'Bom Jangka' dalam kerjasama PH itu sendiri.

No comments:

Post a Comment