Wednesday 13 February 2019

PRK SEMENYIH - 'TAUFAN' MELANDA PAKATAN HARAPAN, RETAK 'TELUR' PPBM KENA SERGAH DEK DAP?

Gelodak Dalaman Pakatan Harapan Menjelang Prk N24 Semenyih Bongkar Wajah Sebenar 'Goverment Of The Day'?



Berikutan tindakan Tun Mahathir yang menerima kemasukan bekas Ahli Umno menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia, sekutu kuat mereka DAP sudah mula menyuarakan ketidakselesaan secara terbuka.

Ronnie Liu, Setiausaha DAP Selangor membidas tindakan Mahathir yang beliau sifatkan menerima 'SAMPAH' masuk ke PH. Beliau turut membuat kenyataan yang tergantung apabila mendakwa tahu apa sebenarnya matlamat PPBM menerima 'Sampah' berkenaan kerana beliau berada di 'sana'. Beranikah Ronnie Liu mendedahkan apa sebenarnya matlamat Tun dengan tindakan tersebut?  


Kenyataan Ronnie ini seolah memberi isyarat sememangnya berlaku pergolakan dalaman Pakatan Harapan dan kini Parti tersebut sedang dilanda 'TAUFAN'. Apakah pergolakan ini akan berterusan dan menyebabkan Parlimen dibubarkan lebih awal dari sepatutnya bagi membolehkan Tun M melaksanakan 'Matlamat' tertentu? Sudah pasti Ronnie TIDAK BERANI membongkarkan apa yang beliau dengar kerana ini akan menyebabkan kekeruhan semakin teruk dalam PH.

Adakah tindakan Ronnie di saat PPBM akan menamakan calon mereka di Semenyih untuk 'MEMBALAS' kekalahan DAP di Cameron Highlands? Jika diteliti kenyataan S/U DAP Selangor terhadap Mahathir, ia seperti mahu RAKYAT tahu bahawa ikatan parti parti di bawah PH tidaklah kuat seperti apa yang disangkakan. Perlu diingatkan dengan kemasukan 7 Ahli Parlimen ke PPBM akan menambah jumlah kerusi milik PPBM sekaligus boleh memberi tekanan terhadap DAP yang kini mendominasi kerusi di Parlimen dan ini kurang disenangi DAP yang mahu menguasai kelebihan tersebut bagi kepentingan parti itu.

Apakah nasib Rakyat Semenyih jika PH menang pada 2 Mac 2019? Calon dari PPBM dan Ronnie Liu berada dalam Kerajaan Negeri Selangor maka Rakyat Semenyih boleh membayangkan apa kisah seterusnya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

No comments:

Post a Comment