Monday 18 February 2019

PRK SEMENYIH - ANWAR BAKAL GUGAT PAKATAN HARAPAN JIKA PPBM KALAH PRK SEMENYIH?

Kelibat Anwar Tidak Kelihatan di Semenyih, Politik PKR Dalam PH Ibarat Telur Di Hujung Tanduk?


Agak janggal Prk Semenyih apabila Presiden PKR, Anwar Ibrahim masih belum turun kawasan membantu calon PPBM. Tinjauan yang dilakukan juga mendapati AMK PKR sangat pasif dalam gerak kerja membantu kempen dan hanya bergantung kepada jentera PPBM sahaja. Tidak dapat dipastikan mengapa perkara ini berlaku sedangkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali nampak bersungguh membantu Tun M menyerang pihak lawan selepas mendapati kerjasama BN,PAS semakin kukuh.


Adakah ini juga sebahagian protes kerana tindakan Mahathir yang menerima 7 ahli parlimen yang melompat hingga menimbulkan ketegangan antara Setiausaha DAP Selangor dan PPBM? Anwar sebagaimana diketahui telah lama mengidamkan kerusi Putrajaya dan masih berpegang pada janji Mahathir namun pengalaman lampau mungkin ada pengajaran apabila berdepan dengan individu 'berlidah biawak'. Tindakan menerima 7 MP ke PPBM jelas menggusarkan DAP dan sudah tentu tidak disenangi Anwar kerana ini boleh menjejaskan peluang beliau menjadi Perdana Menteri.


Mungkinkah ada arahan tertentu menghalang Anwar hadir di Semenyih? Tidak mustahil jika difikirkan secara politik kerana ia bakal menggugat 'Serangan Saraf' yang ditumpukan terhadap kerjasama BN,PAS. Lihat sahaja serangan Mahathir yang pada mula mendakwa Presiden PAS ada menulis surat tidak menyokong kerjasama BN,PAS dan menandatangani surat tersebut. Bagaimanapun kenyataan Mahathir berubah dari masa ke semasa apabila TG Hj Hadi menafikan kewujudan surat yang beliau tandatangani. Serangan PPBM terhadap BN,PAS ini sebenarnya GAGAL kerana akar umbi BN,PAS telah melafazkan kerjasama bagi memenangkan calon BN dan disokong pula dengan arahan pihak PAS kepada ahli Pas. 


Anwar pula dikhuatiri akan menyebabkan serangan saraf ini GAGAL kerana beliau terkenal dengan pemikiran politik matematik. Sudah pasti beliau akan memberi formula matematik kerusi dan pembahagian kerjasama dalam Pakatan Harapan di ceramah dan ini tidak disenangi individu tertentu dalam kepimpinan PKR. Khabar angin pula mengaitkan individu itu akan di lantik menggantikan Mantan Presiden PKR ke jawatan nombor 2 Putrajaya dan inilah percaturan yang menyebabkan Anwar nampak 'Berang'. Sudahlah semasa PRU14 lambang PKR digunakan semua pihak dalam PH dan kini lambang Pakatan Harapan pula digunakan sekaligus mengenepikan 'JASA' lambang PKR, kini beliau (Anwar) juga dikatakan akan diketepikan dari arus perdana politik.

2 comments:

  1. Ikatan yg tidak kukuh akan lerai juga suatu hari nanti..rakyat sedang menunggu

    ReplyDelete