Thursday 14 February 2019

PRK SEMENYIH - SELANGOR 'BERGEGAR' BILA ANWAR DEDAH KONSPIRASI, PRN BAKAL GANTI PRK?

Landskap Selangor Bakal Berubah Selepas Anwar Akui Sabotaj Terhadap Dirinya?



Prk N24 bakal jadi medan 'membela diri' apabila Presiden PKR, Dato Seri Anwar Ibrahim mendedahkan ada pihak tertentu dalam PKR sendiri melakukan  sabotaj bagi menghalang dirinya menjadi Perdana Menteri sebagaimana dijanjikan Tun Mahathir. Adakah nanti siri ceramah semasa Prk Semenyih, Anwar akan memperkatakan mengenai perkara ini bagi menyakinkan pengundi Semenyih beliau akan menduduki kerusi nombor 1 dalam kerajaan dalam tempoh terdekat?  Masih terbayang lagi kisah Reformasi yang dipimpin Anwar pada 1998 dan bagaimana beliau menghimpunkan Rakyat menentang Mahathir di jalanan namun kini ramai sangsi akan kekuatan Anwar melakukan perkara demikian sekali lagi jika benar beliau disabotaj.



Menjelang penamaan calon PRK Semenyih, tidak keterlaluan jika dinilaikan terlalu banyak sabotaj dalaman berlaku dalam Pakatan Harapan. Pengundi Semenyih yang memerhati perkembangan politik perdana sudah tentu enggan membiarkan mereka terpalit dengan konflik PH apatah lagi apabila BN dan PAS sudah 'SEMEJA' bagi merealisasikan kerjasama politik sekaligus MENJAGA KEPENTINGAN Pengundi Semenyih. Penyatuan Umno, PAS ini sememangnya diimpikan ramai pengundi Semenyih kerana kawasan tersebut merupakan salah satu kubu kuat PAS sebelum Parti Amanah Negara (PAN) wujud sekaligus memecahbelahkan penyokong PAS sebelum ini. Kehadiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pula dilihat tidak menjamin kepentingan Islam, Melayu dan Bumiputera terjaga menyebabkan pengundi kini mahu penyatuan BN,PAS mampu memberikan impak kepada isu Islam, Melayu, Bumiputera sebagaimana kejayaan BN di Cameron Highlands sekaligus memberi tamparan hebat terhadap PH.

Bayangkan apa nasib Pengundi Semenyih sekiranya Anwar menjadikan pentas ceramah PRK ini sebagai pentas membela diri dan berpantun berkias mengenai pihak tertentu dalam PKR yang enggan melihat beliau menjadi PM Ke-8? Adakah pergeseran dalaman PKR ini akan berlarutan hingga Kerajaan Selangor terpaksa membubarkan DUN bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap PKR dan Pakatan Harapan? Perlu diingatkan Setiausaha DAP Selangor sudah meluahkan rasa tidak puashati terhadap tindak tanduk Tun M menerima 7 bekas Ahli Umno ke PPBM dan perkara ini turut menerima tentangan PKR sendiri. Tidak mustahil selepas PRK Semenyih, berlaku pula Pilihanraya Negeri (PRN) jika Anwar sebagai Presiden mahu memastikan kedudukan beliau menggantikan Tun M terjamin. Siapa tahu apa yang boleh terjadi kerana sejarah antara Anwar dan Tun M telah membuktikan walau depan lensa mereka tersenyum dan berjabat tangan namun dalam hati siapa tahu gelodak melanda?



Pengundi Semenyih sekarang bukan lagi pengundi semasa PRU14 yang percaya pada segala JANJI 'Bulan Bintang Matahari' sebagaimana dijanjikan Pakatan Harapan. Mereka kini sedar apa yang dibentangkan PH kini hanyalah sekadar 'Umpan' maka cukuplah mereka (pengundi) terpedaya sekali dan sudah pasti kali ini tidak akan melakukan kesilapan kali kedua. Pengundi perlu melihat skop kerjasama BN, PAS dengan lebih besar dan konflik dalaman PH yang tidak menjamin perkembangan baik bagi Dun Semenyih terutama ekonomi seimbang.

5 comments:

  1. LAPANGAN SUASANA POLITIK NEGARA TELAH MENJADI SEPERTI KANDANG BABI DGN NAJIS BABI BERTABURAN BEGITU JUGA DGN KENCING BABI..INI LAH SENARIO SUASANA POLITIK NEGARA YANG SEMAKIN MENJADI TANDA TANYA KEPADA RAKYAT..ADAKAH KERAjaan BARU BETUL BETUL MAHU MEMBELA RAKYAT ATAU SEKADAR BERMAIN DGN POLITIK FITNAH DAN PEMBOHONGAN MEREKA YANG SEMAKIN TERSERLAH DGN BERBAGAI SCANDAL PENIPUAN.ADAKAH INI ZAMAN GELAP BAGI NEGARA INI?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Politik yang diamalkan hari ini jelas bukan bertujuan mengutamakan kepentingan rakyat. PH selesa dengan kedudukan hilang arah dan tidak lansung tunjuka rasa kesal atau malu kepada pengundi walau janji tidak ditunaikan. Ini membayangkan sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab

    ReplyDelete
  4. Tapi bagi saya biarlah Allah swt yang tentukan dan hanya Allah swt Maha mengatahuinye

    ReplyDelete
  5. Pakatan sebenar tiada hala tuju. Menteri mereka tiada kata sepakat. Bila keputusan di buat byk yg shok sendiri. Kira main tikam tikam. Bgi mereka .mereka anggap boleh tipu rakyat. Sebalik nya juga mereka maseh beranggapan yg diri mereka KERAJAAN DN PEMBNGKANG. TGOK SAJA SETIAP HARI BILA HUJAH KALAU X SALAH BN SALAH NAJIB. X SALAH NAJIB SALAH BN. NK KAIT KN PAS PULA DIA AKN SURUH ANAK SURUHAN DIA AMANAH BUAT KONSPIRASI DGN SR. MALANG NYA X USUL PERIKSA DIRI SENDIRI CHECK MAYE. DARI HUSAM . HINGGA KER MAT SABU TIADA KALIBER PUN INTUK NK TADBIR NEGATA. TIPU DLM ISU SEJARAH MEREKA DLM PAS SUDAH KETARA. SUDAH TIBA MASA NYA KERAJAAN CAMPURAN BN DN PAS WAJIB DI WUJUD INI BARU ERA ORG CKP PERUBAHAN BARU YG DI TUNGGU RAKYAT SEKIAN LAMA

    ReplyDelete