Kempen Awal DAP Masuk Perkampungan Orang Asli Cameron Highlands - Apa Dijanjikan?
Dap mengesahkan bahawa calon mereka akan mewakili Pakatan Harapan dalam PRK P078 pada 26 Januari 2019. Kempen pilihanraya kecil ini menyaksikan nama nama besar DAP turun padang bertemu pengundi buat pertama kali selepas 4 kali wakil DAP kalah di Parlimen tersebut.
Di Tanah Rata kelibat Kulasegaran kelihatan beramah mesra dengan pengundi yang rata rata dari kaum Cina. Tidak dapat dipastikan apakah 'WAYANG' yang dipersembahkan oleh Menteri tersebut namun dari pengamatan, ramai tidak mengenali Kula sebagai Menteri kerana boleh dikatakan kewujudan Menteri Pakatan Harapan tidak diendahkan serta tidak dikenali pengundi Tanah Rata.
Menariknya berita mengenai kehadiran 'Top Dog' DAP, Lim Kit Siang yang dijadualkan akan masuk ke perkampungan Orang Asli menenggelamkan kisah kehadiran pemimpin DAP yang lain. Ahli Parlimen Gelang Patah itu dikatakan telah mula masuk bagi mencari sokongan Orang Asli untuk bakal calon mereka. Apa yang menjadi kemusykilan di mana DAP sebelum ini? Ketika Orang Asli lebih terbela di bawah JAKOA pemimpin DAP TIDAK PERNAH MENJENGUK Orang Asli di penempatan selesa yang Barisan Nasional adakan bagi kesejahteraan masyarakat Pribumi itu. Hanya kerana PRK, maka muncullah DAP konon mahu menjadi JUARA kepada Orang Asli. Benarlah bahawa DAP hanya mengambil kesempatan kononnya mereka sangat prihatin dengan Pribumi Pahang dan sudah tentu pelbagai 'SUMBANGAN' akan diagihkan bagi menjayakan 'LAKONAN' mereka.
Bagaimanapun bagi masyarakat Melayu di Dun Jelai, lain kisahnya apabila di tebak soalan mengenai Lim Kit Siang. Pada pandangan mereka LKS tidak lebih dari seorang Ahli Parlimen 'LONGKANG' kerana mahu menunjukkan prihatin apabila berlaku PRK. Sudah pasti LKS datang hanyalah untuk meraih undi dan selepas hari mengundi beliau akan 'BALIK KAWASAN' sendiri dan tidak lagi mempedulikan nasib pengundi CH.
Sebenarnya apa tujuan kehadiran LKS ke CH? Ketika soalan tersebut ditanyakan kepada seorang penyokong Pakatan Harapan beliau menyatakan LKS hanya hadir untuk berkenalan dengan Jentera PRK PH namun akhirnya mengakui kehadiran Kit Siang adalah untuk siri kempen PRK CH. Adakah Kit Siang hanya hadir untuk bersalam dan menikmati minum atau turut membawa 'OLE OLE' sebagai pengeras bagi melicinkan kehadirannya di tempat yang dijadualkan? Tidakkah jika ada 'SUMBANGAN' bersandarkan politik itu merupakan 'RASUAH Pilhanraya' sebagaimana dakwaan bekas calon DAP terhadap Sivaraj? Jangan kelak hanya kerana DAP kini menguasai Kerajaan Pakatan Harapan maka semua 'SUMBANGAN' akan kelihatan sesuci embun pagi dan pihak lawan pula dikategorikan sebagai amalan rasuah.
Dalam lawatan Kit Siang ke perkampungan Orang Asli dan kemudiannya ke Felda Sg Koyan, apa yang bakal dijanjikan Bekas Setiausaha Agung DAP itu? Adakah beliau akan berjanji akan membantu Peneroka serta masyarakat Asli? Apa bentuk BANTUAN tersebut? Amat mustahil jika 'Top Dog' tidak berjanji apa apa kepada pengundi bagi meraih sokongan kelak. Rakyat akan menilai secara keseluruhan pencapaian Pakatan Harapan selama tempoh 7 bulan memerintah dengan PENUH KEGAGALAN.
No comments:
Post a Comment