Monday, 24 December 2018

KEMELUT DALAMAN PAKATAN HARAPAN MENJELANG PRK CAMERON , 'ORANG LUAR' BAKAL JADI CALON?

Pakatan Harapan Akan Bawa 'Orang Luar' Sebagai Ganti DAP?

Perang dalaman Pakatan Harapan menjelang PRK P078 Cameron Highlands masih dibelenggu kebuntuan menentukan calon sesuai mewakili PH. PPBM Cameron Highlands menaruh harapan agar kerusi tersebut diberikan kepada mereka berdasarkan merit % Pengundi Melayu namun DAP bertegas itu adalah kerusi 'Tradisi' mereka sejak kewujudan parlimen tersebut. PKR yang berdiam diri dalam isu pemilihan calon pula di lihat mengambil pendekatan yang agak kontra walau desas desus di Cameron ada tersebar seorang ahli PKR akan bertanding namun sejauh mana kesahihan tidak diketahui.

Bagaimanapun apabila PKR menyatakan akan membuka bilik gerakan PKR di Tanah Rata dan Jelai, sudah kedengaran bakal berlaku rombakan dalam menamakan calon PH. Jika melihat senario ini, pemerhati politik atas pagar menjangkakan PH akan mencari jalan 'Win Win Situation' dan kemungkinan 'Orang Luar' atau bahawa mudah Calon Import akan dinamakan untuk meredakan ketegangan dalaman PH. Apa yang pasti bagi pemerhati atas pagar, bagi mengelakkan pertindihan calon ini adalah cara paling drastik untuk dilakukan PH bagi memastikan calon mereka memenangi hati pengundi pada 26 Januari 2019. Siapakah 'Calon Import' tersebut tidak dapat diketahui dan dijangkakan hanya akan muncul pada hari penamaan calon bagi melindungi strategi PH menghadapi PRK Cameron Highlands.

Walau sudah hampir tidak kedengaran suara suara pengundi yang mahukan calon tempatan bertanding, tidak tentu lagi pengundi boleh sewenangnya menerima kembali bekas calon DAP kali ini memandangkan beliau telah kalah selepas 2 kali mencuba dalam PRU. Ini tidak lagi memberi kelebihan kepada bekas calon tersebut dan PH perlu segera memikirkan penggantinya sekiranya pengundi menunjukkan penolakan terhadap bekas calon itu.

Adakah dengan strategi membawa 'Calon Import' akan memberi sedikit keredaan dalam kemelut Pakatan Harapan? Adakah pengundi Cina dan India CH akan memberi kepercayaan kepada bakal Calon Import yang perlu belajar geografi politik CH serta mampu menangani isu tempatan dan nasional sebagaimana BN lakukan sebelum ini? Perlu diingatkan BN telah membawa banyak perubahan landskap ekonomi dan prasarana dalam membangunkan pusat pelancongan tanah tinggi yang menerima kunjungan puluhan ribu pelancong domestik dan luar saban hujung minggu. Mampukah PH menandingi rekod pembangunan yang dilaksanakan oleh BN selama ini atau PH hanya akan jadi 'Ayam Jantan Berkokok, Tahi Melekat Di Ekor'?

No comments:

Post a Comment