Saturday 29 December 2018

PRK CAMERON HIGHLANDS - LIM GUAN ENG AKUI HUTANG NEGARA HANYALAH RM686.8B BUKAN RM1 TRILLION.

Pakatan Harapan Masih Mahu Main Isu Hutang Negara Di Cameron Highlands?

Sebelum PRU14 heboh diperkatakan mengenai isu Hutang Negara. Segala tulisan serta ceramah oleh Pakatan Harapan menjurus kepada mempengaruhi minda rakyat seolah Barisan Nasional telah meletakkan negara dalam risiko bangkrap apabila memomokkan hutang negara mencecah RM1 trillion.

Bagaimanapun selepas PH berjaya memperdayakan rakyat dengan undian PRU14, kenyataan PH di parlimen ternyata berbeza sekali. Sidang Parlimen menyaksikan Lim Guan Eng (DAP) mengakui jumlah sebenar hutang negara tidak sebanyak yang mereka uar-uarkan selama ini. Mengejutkan sekali apabila Perdana Menteri Tun Mahathir sendiri mengakui hutang sebenar negara fakta yang dibentangkan dalam Parlimen.

Bagi rakyat yang masih berkiblatkan Pakatan Harapan penjelasan Guan Eng tidak dapat diterima kerana doktrin PH sebelum ini telah tertanam dalam fikiran mereka. Bagi mereka BN merupakan pihak yang telah 'Menjual' Malaysia kepada pihak luar terutama China bagi melunaskan hutang negara. Lebih buruk pengundi PH juga berpandangan 1MDB telah merampas wang rakyat Malaysia sedangkan hakikat sebenar semua dakwaan ternyata tidak benar.

Apa pula bahan kempen PH terutama DAP bagi menghadapi PRK Cameron Highlands apabila terbukti dakwaan mengenai hutang negara oleh mereka selama ini hanyalah satu bentuk penipuan? Secara rawak, penduduk di Tanah Rata masih mempercayai dakwaan wakil DAP mengenai hutang negara kerana SIKAP MALAS MEMBACA DAN MENGIKUTI SIDANG PARLIMEN di tambah lagi dengan omongan DAP yang terus menerus berbohong kepada rakyat berkaitan angka sebenar hutang negara.

Berikut adalah angka sebenar hutang negara yang dibentangkan dalam Parlimen.

“Dokumen rasmi kerajaan PH dalam muka surat 60 mengesahkan hutang negara sebenarnya bukan RM1 trilion tapi hanya RM686.8 bilion atau 50.8 peratus berbanding KDNK,” ujar beliau.

Sejak kerajaan PH mengambil alih tampuk pimpinan negara, mereka sering menwar-warkan bahawa kononnya hutang negara berjumlah RM1 trilion. Walaupun perkara ini dinafikan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak namun pemimpin PH tetap meracuni fikiran rakyat dengan info yang tidak benar.

Akhirnya, pembentangan RMK11 membuktikan bahawa Barisan Nasional (BN) berada di pihak yang benar.

Sumber -  https://umno-online.my/2018/10/20/terima-kasih-kerajaan-ph-akhirnya-mengaku-hutang-negara-bukan-rm1-trilion-annuar-musa/

No comments:

Post a Comment