Saturday 1 August 2015

Muhyiddin Tolak Ketuai PAC..Teluskah Beliau

Setelah digugurkan dari senarai kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin ditawarkan untuk mengetuai PAC dalam siasatan terhadap 1MDB.

Namun mengecewakan beliau menolak tawaran itu walau sebelum ini beliau beria iya mahukan ketelusan dalam siasatan terhadap dakwaan yang dilemparkan.

Apakah beliau ada perasaan takut dengan kebenaran jika beliau menduduki kerusi panas itu.Logiknya setelah mempersoalkan kredibiliti Perdana Menteri sepatutnya beliau menerima tawaran tersebut demi kebenaran yang beliau war warkan.

Beliau mengakui membaca laporan yang dihidangkan oleh The Edge,Sarawak Report sepatutnya beliau tidak gentar untuk membongkar samada laporan laporan dari sumber tersebut sahih atau tidak.

Adakah beliau selama ini menerima maklumat palsu dari pihak tertentu? Atau beliau yang memberi maklumat tidak tepat kepada rakyat dan mantan Perdana Menteri?

Andai beliau benar benar ikhlas untuk membantu Dato Sri Najib Razak maka beliau sepatutnya kehadapan dan mengetuai siasatan tersebut agar kebenaran dapat dibuktikan kerana dalam  ucapan beliau dihadapan wartawan TsMY mendakwa beliau tahu lebih dari apa yang wartawan tahu.

1 comment:

  1. Sejak bila pulak tsmy nak d panting kat pac tu, jika bukan fitnah, buktikan.

    ReplyDelete