Tuesday, 11 August 2015

Puteri Umno Malaysia Khianati Presiden Umno?

Ketua Puteri Umno Malaysia masih mengambil tindakan berdiam diri dalam isu mempertahankan Presiden Umno.

Adakah YB Emi langsung tidak berterimakasih kepada Presiden yang memberi kepercayaan kepada beliau sebagai Timbalan Menteri dalam rombakan kabinet baru baru ini?

Amat memalukan tindakan Ketua Puteri hanya tutup mulut dalam isu isu serangan terhadap UMNO kini.Apa fungsi
media media dan biro dalam puteri umno?

Hanya patung cendana? Jauh beza dengan cara KP Puteri yang pernah diterajui Dato Azalina Othman.Inikah wajah sebenar Yb Emi?

'Playsafe' mungkin adalah pegangan puteri umno kini.Inikah sayap yang diharap oleh Umno?Berbeza sekali dengan sayap parti pembangkang yang teguh pertahankan Presiden parti bila diserang.

Jelas amat Puteri Umno hanya layak untuk majlis 'selfie',majlis makan makan,majlis tunjuk suci.Sudahlah kedudukan heiraki tunggang langgang..merit hanya kepada yang pandai "kenyit mata" dan bukan berdasarkan kemenangan bertanding.

Exco Puteri juga seolah ditimpa sumpahan sang kelembai dalam memperkatakan isu isu pertahankan Presiden Umno.Atau ada arahan tertentu untuk menutup mulut?

Hanya Ketua Puteri yang mampu menjawap isu ini.Beliau boleh pilih samada diam dan terus jadi patung cendana atau bangkit dan betulkan keadaan.

Persoalannya...Beranikah beliau???Atau slogan tinggal slogan dan akan hanyut.