Saturday 15 August 2015

Mat Said Sawan Berbuih Mulut Dalam Dewan???

Mesyuarat Agung UMNO Kemaman seperti 'Medan Serangan Pembangkang'.

Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Kemaman semalam seperti satu pesta perhimpunan Para Pembangkang dan di jadikan tempat membalas dendam kepada Dato' Seri Najib dan UMNO.

Ucapan daripada Mantan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said, semalam seperti melepaskan geram dan marah beliau setelah setahun membisu kepada perwakilan menunjukkan bahawa beliau begitu terdesak untuk mendapatkan simpati belas kasihan dengan penurunan beliau sebagai Menteri Besar Terengganu.

Turut hadir sama Mantan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di jadikan umpan Oleh Ahmad Said untuk mencanang isu 1MDB dan Dana 2.6 Billion di kaitkan dengan penurunan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahamd Said boleh di lihat seperti wakil pembangkang di Terengganu dengan menjaja isu lama dan lihat apa yang di lakukannya seperti ke arah mahukan UMNO tumbang dan hancur pada PRU14 nanti.

Mungkin beliau tidak sedar semasa beliau merampas kuasa untuk menjadi Menteri Terengganu daripada Dato' Seri Idris Jusoh, Idris Jusoh tidak pernah menghentam beliau secara terbuka dan mengambil sikap tenang walaupun pahit kerana Dato' Seri Idris Jusoh mempunyai sikap terbuka dan sayangkan UMNO.

Walaupun Dato' Seri Idris Jusoh pernah di khianati dengan projek Taman Ilmu yang sepatutnya siap dalam jangka masa yang di tetapkan tetapi Mat Said menimbulkan masalah pada pada projek tersebut, dengan kuasa Menteri Besar yang ada pada beliau ketika itu membalas dendam pada Dato Seri Idris Jusoh.

Apabila beliau di turunkan daripada jawatan Menteri Besar selepas perjanjian setahun yang beliau akui dengan Perdana Menteri, di sebabkan PRU 13 Terengganu UMNO hampir tewas dan beliau tidak melaksanakan tanggungjawab dengan baik walaupun sudah di beri tempoh setahun selepas PRU13.

Malahan selepas Pru13 dalam tempoh setahun perjanjian tersebut 'Performance' Mat Said makin teruk dengan bermusuh Ketua Bahagian UMNO bukan pilihan beliau seperti Din Adam Ketua UMNO Bahagian Dungun dan Dato' Sabri Alwi Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, segala peruntukkan tidak di turunkan kepada mereka dan melantik orang yang tewas yang menjadi liabiliti kepada UMNO, ini sikap Pendendam Mat Said yang di bawa menyebabkan UMNO Terengganu rosak di sebabkan percaturan beliau.

Selepas beliau di turunkan jawatan MB, Mat said mula memberontak dan menukar watak menjadi ketua pembangkang yang tidak putus-putus menghentam UMNO dan kepimpinan Dato' Seri Najib.

Beliau tidak melihat bagaimana layanan Dato' Seri Najib terhadap beliau walaupun sudah di turunkan jawatan MB tetapi projek-projek yang di laksanakn oleh beliau Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif tetap teruskan walaupun sukar perlaksaannya seperti menjadikan Tasik kenyir pulau Bebas cukai yang menelan hampir 500 juta duit kerajaan negeri angkara Mat Said.

Sekolah Imtiaz Besut yang terbekalai semasa era Mat Said menjadi Menteri Besar juga di selesaikan oleh Razif malahan Dato' Seri Najib sendiri yang telah merasmikan Sekolah tersebut semasa bulan Puasa yang lepas, tetapi Mat Said lupa apa yang di lakukan oleh Razif terhadap beliau.

Kini, Mat Said secara aktif menjadi Ketua Pembangkang di Terengganu, amat memalukan UMNO mempunyai seorang Wakil Rakyat yang tidak tabah menjadi Orang UMNO tetapi mempunyai sikap pembangkang dan tiada jiwa UMNO.

No comments:

Post a Comment