Friday 7 August 2015

PEMUDA TIDUR LAGI

Bersediakah Sayap Umno untuk menghadapi pilihanraya dalam masa kurang 2tahun.Pencarian undi dari golongan sasar tidak agresif kelihatan.

Umno mempunyai 2sayap utama dalam pencarian ini namun lesu.Dimanakah kehebatan Pemuda Umno kini? Adakah mereka sedar bahawa golongan pengundi muda kini memerhati dengan minat parti mana yang bakal menjaga kepentingan mereka selaku pengundi.

Program program anjuran Pemuda juga lesu dengan hanya memfokuskan golongan sediada.Tidak ada inisiatif dari Pemuda Umno untuk mendekati golongan muda dan menjemput mereka menjadi pengundi.

Berbeza dengan pihak lawan yang sangat agresif dalam memastikan kelangsungan undi yang memihak kepada mereka.Siapa yang harus memikul tanggungjawap ini?

Kebanyakan anakmuda kini berada dalam arus profesional dan pastinya kehadiran mereka dalam Umno amat diperlukan namun ada tanggapan negatif bahawa mereka bakal merampas kedudukan orang lama dalam Umno.

Mengapa perlu kiasu jika Presiden sendiri mahu meremajakan parti? Berilah mereka ruang untuk jadikan Umno sebagai platform menyampaikan hasrat dan sama sama membangunkan negara.

Ketua Pemuda Umno seharusnya memandang serius tentang peralihan pola undian anakmuda yang tidak boleh dinafikan memihak kepada lawan.Wujudkan inisiatif untuk mereka bergerak bersam dalam Umno.

Barisan Exco Pemuda juga perlu membantu YB KJ dalam hal ini.Bukan berteleku dan memikirkan projek untuk mengisi kantung.Bersamalah dengan Presiden Umno untuk menghadapi pilihanraya akan datang.

Tunjukkan Solidariti Pemuda untuk Umno.Pastikan dalam Pru14 anakmuda kembali kepada UMNO.

No comments:

Post a Comment