Saturday, 15 August 2015

1MDB..Mat Said Heret Istana Terengganu

Mantan Menteri Besar Terengganu Mengheret Istana Dalam Isu 1MDB

Dalam ucapan beliau dimajlis perasmian mesyuarat perwakilan Umno Kemaman bekas menteri besar itu menyatakan bahawa beliau tidak tahu MnA.Apakah beliau tidak tahu bahawa tiada keperluan bagi beliau tahu penubuhan MnA.Yang perlu beliau tahu ialah isi kandungan perjanjian.

Juga mengheret Istana dalam penubuhan TIA  Mat Said juga menyatakan bahawa semua itu adalah titah baginda tuanku.Dimana intergriti beliau sebagai seorang Adun yang memegang dan menandatangani perjanjian simpan rahsia?Mudah beliau mengeluarkan kepada umum sesuatu yang dikategorikan sebagai rahsia kerajaan.
Sperti melepaskan dendam kesumat beliau terus menyerang kerajaan pusat.

TIAdiwujudkan oleh kerajaan Terengganu tapi mencagarkan minyak dan gas Terenganu jadi dimanakah dakwaan beliau bahawa kerajaan Terenganu akan kerugian Satu persoalan timbul apabila segala yang berkaitan dengan TIA didakwanya sebagai titah Tuanku
Beliau seorang Menteri Besar ketika itu mustahil beliau tidak tahu apa apa

Dalam ucapan beliau membangkitkan soal intergriti…lupakah beliau akan projek satu anak Terengganu satu komputer?
Ada dakwaan beliau ada proksi didalam syarikat yang membekalkan kelengkapan tersebut
Agak janggal bila beliau persoalkan intergriti bila beliau sendiri tidak bersih

Adakah Mat Said dibayar oleh individu tertentu hanya untuk menegakkan benang basah?Dakwanya beliau akan dedahkan bila sampai masanya
Sepatutnya beliau dedahkan semua dihadapan perwakilan tapi mengapa enggan berbuat demikian?

Adakah semua ini kerana marah bila ilan jawatan? Pengganti beliau diterima dengan baik oleh Istana jadi tiada pertikaian tentang intergriti MB sekarang
Oleh itu Mat Said wajar buktikan segala dakwaan beliau kepada rakyat Terenganu