Sunday 16 August 2015

Dap Akan Memerintah Malaysia???




DAP akan meletakkan sekurang-kurangnya lima calon Melayu diantara 25 orang, pakar undang-undang perlembagaan merangkap pensyarah universiti bakal menjadi salah seorang daripada lima calon tersebut. Kemudian DAP boleh memilih tiga nama daripada lima nama tersebut dan menyerahkannya kepada DYMM Sultan Selangor sebagai pilihan Menteri Besar Selangor dalam gabungan terbaru mereka.

Dengan berkuburnya Pakatan Rakyat, PAS pula berpecah kepada dua, Umno menghadapi konflik dalaman yang serius, dan PKR tidak di sini dan tidak di sana, DAP kini boleh membuat langkah untuk menjadikan Selangor sebagai negeri kedua selepas Pulau Pinang sebagai milik mereka.

Seperti apa yang penyokong DAP ingatkan kita berulang kali sejak beberapa tahun yang lalu, DAP telah berjaya mendapatkan 85% hingga 90% daripada sokongan orang Cina di seluruh negara dalam keadaan MCA, MIC, Gerakan dan PPP tercungap-cungap untuk meneruskan kesinambungan mereka. Satu lagi perkara yang perlu diperhatikan adalah DAP seolah-olah memenangi setiap kerusi yang dipertandingkan dan rekod prestasi yang mengagumkan ini dijangka tidak akan berubah pada pilihanraya umum yang akan datang.

Selangor mempunyai 56 kerusi Dewan Undangan Negeri, separuh daripadanya boleh dianggap sebagai kerusi majoriti Cina. Oleh itu DAP mempunyai potensi untuk menang sekurang-kurangnya 28 daripada kerusi-kerusi tersebut. Jika DAP bertanding 25 kerusi DUN di Selangor itu kemungkinan besar mereka boleh menang kesemua kerusi tersebut.

Baki 31 kerusi boleh diberikan kepada PKR dan GHB untuk dikongsikan. GHB yang masih baru dan belum teruji, boleh diberikan 11 kerusi untuk dicuba dan PKR kira-kira 20 kerusi selebihnya.

Walau bagaimanapun, dalam keadaan DAP boleh menyapu 25 kerusi yang dipertandingkan dan menyingkirkankan MCA dan MIC dalam proses tersebut (dengan Gerakan dan PPP mungkin tidak akan membuang masa mereka bertanding di Selangor hanya untuk ‘dibunuh’), PKR dan GHB pula perlu menghadapi PAS dan Umno.

Oleh itu, bagi DAP ia akan menjadi kerusi yang tidak ada pertandingan di 25 DUN manakala di 31 kerusi lagi akan menjadi medan bagi empat parti berjuang untuk mendapatkan tempat terakhir – PAS, Umno, PKR dan GHB (mungkin wujud parti kelima dalam perlumbaan itu tetapi ianya masih dalam perbincangan).

Menurut jangkaan, tidak ada peluang bagi PAS, Umno, PKR dan GHB untuk memenangi lebih daripada sepuluh kerusi bagi setiap parti. Maksud saya, anda tidak boleh membahagikan 31 dengan empat dan mendapat lebih daripada sepuluh kerusi untuk setiap parti. PKR dan Umno mungkin memenangi sepuluh kerusi dengan meninggalkan baki 11 untuk PAS dan GHB untuk dikongsikan.

Dengan 25 kerusi berbanding sepuluh atau kurang untuk empat parti lain, DAP kini menjadi “honcho” kepala di Selangor. Sekarang ini pun, dengan hanya 15 kerusi, DAP telah menjadi de facto kepala “honcho” dengan memberi arahan dan memutuskan apa yang PAS dan PKR boleh dan tidak boleh buat.

DAP akan meletakkan sekurang-kurangnya lima calon Melayu di antara 25 orang, pakar undang-undang perlembagaan merangkap pensyarah universiti bakal menjadi salah seorang daripada lima calon tersebut. Kemudian DAP boleh memilih tiga nama daripada lima nama tersebut dan menyerahkannya kepada DYMM Sultan Selangor sebagai pilihan Menteri Besar Selangor dalam gabungan terbaru mereka.

Dan dengan itu, buat pertama kali dalam sejarah sejak Jun 1947 apabila jawatan Menteri Besar telah dicipta, Selangor akan mempunyai Menteri Besar DAP.

PAS mungkin boleh mengekalkan Kelantan dan jika mereka cukup pandai boleh memenangi Terengganu juga. Lagipun, dalam pilihanraya umum yang lalu PAS memenangi 50% daripada kerusi Parlimen di Terengganu dan hanya memerlukan dua lagi kerusi untuk membentuk kerajaan negeri Terengganu (dan hanya satu kerusi lagi untuk Dewan Undangan Negeri digantung).

Umno Terengganu yang dilihat berpecah apabila Ahmad Said, Menteri Besar yang digantikan, akan menyokong dan membantu untuk memberikan negeri tersebut kepada pembangkang semata-mata untuk membalas dendam kepada Umno. Ianya seolah-olah Ahmad Said yang ada dendam kesumat sedang berunding dengan pasukan B Umno untuk “membunuh” Umno di Terengganu manakala Lim Kit Siang dalam perbincangan dengan GAN pula (Gerakan Anti-Najib yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohammad) mahu memastikan Pulau Pinang dan Selangor bukan sahaja kekal milik pembangkang tetapi juga akan dimiliki oleh DAP.

Akhirnya dua negeri di bawah DAP dan dua negeri lagi di bawah PAS dan selebihnya di bawah Barisan Nasional.

Bagi Wilayah Persekutuan, semua kerusi kecuali Labuan dan Putrajaya akan disapu oleh pembangkang manakala di Kelantan dan Terengganu pembangkang boleh mengambil lebih daripada 50% undi dan di Pulau Pinang dan Selangor pula sekurang-kurangnya dua pertiga undi .

Dengan senario sedemikian adalah amat bodoh bagi DAP untuk tidak mengambil kesempatan daripada kemelut dalam Umno dan PAS, dan pada tahap yang lebih rendah di dalam PKR, untuk menambah Selangor ke dalam senarai negeri-negeri untuk mereka miliki. Maksud saya, Selangor secara praktikalnya akan dihidangkan kepada DAP dalam pinggan perak.

No comments:

Post a Comment