Monday 17 August 2015

Siapa Mr A DiBelakang Komplot..Khairy Terlibat??

Satu lagi soalan: adakah lelaki yang sepatutnya bertemu Najib pada 6.00pm semalam merupakan dalang yang merancang plot atau orang yang akan mendedahkan siapa pemimpin sebenar yang menjadi dalang plot tersebut?

Semalam, seluruh negara menunggu dengan penuh debaran kedatangan pemimpin konspirasi di rumah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada jam 6.00 petang. Akhbar-akhbar yang menunggu X-man ini yang merupakan pemimpin di sebalik plot untuk menggulingkan Najib, kecewa atas ketidak hadiran beliau (lihat berita di bawah).

Jadi siapakah pemimpin konspirasi yang merancang untuk menggulingkan Najib. Beliau sepatutnya tampil di kediaman Perdana Menteri namun gagal berbuat demikian? Khairy Jamaluddin juga mahu identiti pemimpin ini didedahkan (lihat berita di bawah). Adakah anda fikir bahawa Khairy tidak tahu? Sudah tentu Khairy tahu. Beliau hanya berpura-pura tidak tahu kerana ahli politik suka berpura-pura tidak tahu.

Najib juga tahu siapa mereka semua. Najib telah menangani beberapa orang daripada mereka dan seterus akan menangani kesemua mereka dengan penuh berhemah. Dalam pada itu, Najib akan membuat mereka menderita dan berpeluh dan membiarkan mereka, satu per satu, untuk menafikan, menafikan, menafikan dan “menjual” satu sama lain.

Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan semalam plot Akuan Berkanun merangkap undi tidak percaya di Parlimen. Itulah Pelan D yang sepatutnya berlangsung pada bulan Oktober atau November jika mereka boleh mendapatkan nombor ajaib sokongan 112, atau lebih baik lagi 120 untuk memberi mereka sedikit margin.

Namun satu perkara yang Zahid tidak dedahkan setakat ini iaitu nama orang yang merancang kesemua ini. Adakah Muhyiddin Yassin pemimpin plot tersebut? Atau adakah Muhyiddin hanya sekadar orang yang dihantar untuk bertindak dan menanggung akibatnya “take the fall”?

Saya rasa perkara tersebut hanya boleh diketahui setelah kita tahu sama ada Muhyiddin merupakan ketua dalang atau sekadar alat kepada dalang sebenar. Dan Zahid tidak mendedahkan lagi. Dan orang yang sepatutnya berjumpa Najib pada 6 pm semalam tidak hadir.

Satu lagi soalan: adakah lelaki yang sepatutnya bertemu Najib pada 6.00pm semalam merupakan dalang yang merancang plot atau orang yang akan mendedahkan siapa pemimpin sebenar yang menjadi dalang plot tersebut?

Menarik bukan?

- See more at: http://www.pru14.tv/2015/08/17/x-man-pemimpin-misteri-dibelakang-plot-menggulingkan-najib#sthash.u0qOwBl3.dpuf

No comments:

Post a Comment