Wednesday 19 August 2015

Khairy Ibarat Ibu Ayam...Tindakan Berdiam Diri Tidak Selesai Masalah.

Ingat gambar ini? Betapa bersorak kononnya menyokong penuh Presiden Umno.Menjulang dan berpekikkan laksana guruh berdentuman.Gemuruh dewan digegarkan dengan suara Pemuda
Umno Malaysia.

Namun ianya sekadar retorik mengambil hati Presiden dan ahli Pemuda agar kedudukan mereka dalam arus politik tidak tenggelam.Hebat lakonan mereka terutama Ketua Pemuda Umno merangkap Ahli Parlimen Rembau saudara Khairy.

Isu semasa yang melanda negara kini dipandang sepi oleh mereka mereka ini.Dimana laungan SOLIDARITI mereka dalam Umno? Apa yang terjadi mereka ini bermonolog dikalangan sesama sendiri.KJ dilihat menongkah arus dan ini membuat Exco umpama anak ayam hilang ibu.

Boleh dianggap sebagai Ibu Ayam KJ tidak langsung dilihat membantu Presiden dalam serangan politik yang melanda Umno.Membiar Anak Ayam mencari arah tuju mencari teduhan tanpa memperdulikan mereka malah mengunci mulut dalam tebakan soalan Kesetiaan beliau terhadap Presiden.

Apa pemikiran KJ dalam percaturan ini?Kenyataan beliau juga amat diragui kerana hingga kini masih enggan meletakkan jawatan sebagaimana kenyataan beliau yang sanggup hilang segala kedudukan dalam kabinet.

Adakah KJ terlibat dalam satu dakwaan 5Jebat dalam PRK Rompin dalam mengatur satu strategi api dalam sekam?
Tindakan berdiam diri seolah beliau tidak menyangkal dakwaan itu.Sampai bila mahu diam KJ?

No comments:

Post a Comment