Wednesday, 19 August 2015

Puteri Umno Zumba Tayang Punggung DiDepan Vip???

Baru baru ini seorang wakil dari Puteri Umno Sg Siput saudari Amalina telah memgusulkan agar penampilan Puteri lebih bersopan dikhalayak ramai.Kita amat alu alukan usul itu dan menerima bahawa sudah sampai masanya berubah selaras dengan tatatertib sebagai seorang muslim.

Namun ada satu perkara yang agak menjengkelkan pada pandangan penulis apabila perasmian mesyuarat satu bahagian dicemari dengan tarian zumba oleh puteri umno.

Penulis mendapat kiriman gambar yang dikira menjolok mata dan minda.Dimana kesopanan bila penari menari diatas pentas dan barisan VIP berada sama diatas pentas.

Apa sudah jadi? Mesyuarat atau pesta tarian? Mungkin Puteri Umno ada jawapannya.Jangan disebabkan perkara kecil ini akan menjadi bahan cercaan kepada Puteri Umno Malaysia.

Moga ada pengajaran diambil oleh pimpinan Puteri Umno Malaysia dimasa akan datang.