Wednesday 26 August 2015

Ketua Polis Negara Bertindak Atau Berdiam Diri?

Ketegasan pihak Polis DiRaja Malaysia amat dituntut dalam memastikan perhimpunan yang dijangka pada 29-30 Ogos ini dihentikan.
Dalang dalang yang menerajui kempen Bersih 4.0 ini hendaklah ditahan dibawah Akta Hasutan kerana mendatangkan kegusaran rakyat.

Dalam 3siri Bersih sebelum ini tidak dapat dinafikan hanya kerugian dan kerosakan yang terjadi.Bayangkan bila anak kecil turut sama diheret di jalanan dan menghadapi risiko.Ap yang dimainkan oleh pihak pembangkang hanyalah perasaan benci kepada kerajaan.

Sampai bila mereka akan bermaharajalela dengan tiada tindakan tegas diambil oleh PDRM? Rakyat meletak sepenuh kepercayaan kepada Ketua Polis Negara untuk melakukan tindakan drastik demi keamanan Malaysia.

Dianjur sehari sebelum Hari Sambutan Kemerdekaan Negara dikhuatiri akan menjejaskan imej Negara seolah Malaysia ini dalam Darurat.
KDN seharusnya memandang serius perkara ini kerana ianya melibatkan sebuah parti politik yang dikenali bersifat cauvinis.

Polis DiRaja Malaysia..jangan abaikan kepercayaan rakyat kepada anda.
Bertindaklah sebelum kerosakan berlaku.
Gunalah apa sahaja Akta demi keselamatan rakyat.

No comments:

Post a Comment