Sunday, 16 August 2015

Teori Konspirasi Terbongkar???

HIDUP UMNO maka POLITIK MELAYU AKAN TERUS HIDUP
Saya orang Ketua Cawangan yang kerdil dan tidaklah sehebat Ketua UMNO Bhg Pontian YB Datuk Ir Hasni Mohammad. Saya yakin jasa Datuk Ir Hasni kepada UMNO juah lebih besar daripada saya. Saya juga yakin Datuk Ir Hasni mungkin tahu (jika tidak terlibat) bahawa TSMY terlibat dalam satu komplot Coup Detat untuk gulingkan YAB Perdana Menteri pada 29hb July 2015.

TSMY bersubahat dengan beberapa anggota Task Force yang berpangkat tinggi untuk membuat dakwaan palsu (tanpa bail) mengaib dan memalukan Perdana Menteri dengan mengaitkan beliau dalam jenayah rasuah.

TSMY telah mengatur semasa mesyuarat cabinet pada hari tersebut Peguam Negara akan dijemput untuk membaca dakwaan palsu terhadap Perdana Menteri dihadapan kesemua jemaah menteri. Maka Dato Najib terpaksa letak jawatan untuk menghadapi tuduhan dan perbicaraan di mahkamah.

Jika coup detat ini berjaya maka sudah pasti TSMY akan dapat untung besar dan ditabalkan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-Tujuh. Datuk Ir Hasni pun sudah pasti akan dilantik sebagai Menteri Besar Johor DT.

Tapi malang sekali komplot Coup Detat telah gagal dan TSMY terpaksa pikul beban risiko kegagalan iaitu kena singkir dari jawatan TPM. Inilah yang Tok Nenek kita selalu cakap iaitu Berani buat, berani tanggung sebab sendiri gali lubang.

Kita fahamkan perasaan Datuk Ir Hasni sebab semua harapan dan cita cita tinggi politik sudah berkecai. Tidak salah jikalau mahu salahkan orang lain apabila Team sendiri gagal, tidak salah. Tetapi adalah lebih baik jikalau semangat perjuangan murni yang ada dalam sanubari Datuk Ir Hasni digunakan untuk UMNO, UMNO dan UMNO. DAP mahu pecah belahkan MELAYU. Datuk Ir Hasni dan rakan2 mampu berjuang untuk gagalkan agenda DAP.

SEKIAN WASALAM