Tuesday, 25 August 2015

Khairy Bakal Letak Jawatan Kerana Gagal Sebagai Menteri.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin telah mengambil ketetapan menyokong Tan Sri Muhyidin sebagai Timbalan Presiden Umno.

Ini berikutan ucapan wakil Keningau yang mencadangkan Dato Ser Zahid Hamidi dipilih sebagai Timbalan Presiden Umno menggantikan TsMY.

Apa yang dilihat KJ tidak pernah mengeluarkan kenyataan yang boleh dikatakan sebagai Ketetapan Pemuda Umno dalam menyokong Dato Sri Najib Razak sebagai Presiden Umno.Beliau lupa bahawa Presiden juga patut Pemuda pertahankan dari serangan liar.

Tidak mencerminkan laungan sokongan yang pernah diucapkan kepada Presiden semasa pertemuan antara Pemuda dan Presiden.Apakah KJ melihat peluang untuk kerusi Naib Presiden setelah Shafie Apdal digugurkan dari kabinet?

Mampukah KJ? Dengan kegagalan beliau selaku Menteri Belia Dan Sukan dalam memantapkan sukan negara apa "bekalan" KJ untuk menampilkan diri.
Urusan anakmuda juga boleh dikatakan gagal ditangani oleh KJ bermakna beliau hanya menyandarkan populariti.

KJ patut malu dengan Exco beliau yang kelihatan sendirian dalam membuat gerakan untuk membantu Presiden dalam menyatukan kembali ahli Umno.

Apa guna jadi Ketua Pemuda kalau tidak mampu menjadi benteng untuk parti dan Presiden Umno dikala diserang segala penjuru?Ada baiknya KJ memikirkan perletakan jawatan.