Sunday, 2 August 2015

Pemuda Umno Sombong

Statistik menunjukkan penurunan undi dari salur 4,5,6 dalam Pru13.Kemana hilangnya undi anakmuda tersebut.

Persoalan ini timbul bila kedengaran suara ego Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang merasakan hasil kerja mereka hebat.

Apa yang penulis nampak kerjasama antara Pemuda Umno dan Pemuda parti komponen seolah tidak lagi wujud.Dan ini menimbulkan rasa kurang selari dalam menentukan haluan undi dari golongan belia.

Pemuda Umno seolah ego dengan gerak kerja yang sebenarnya hanya berlegar dalam kalangan pemuda umno sahaja tanpa pembabitan dari komponen.Inikah kebanggaan Pemuda Umno?

Buat program yang hanya berkisar sesama sendiri tanpa berani beraksi diluar lingkungan selesa.Ketua Pemuda Umno juga kehilangan idea untuk memgembalikan keyakinan anakmuda untuk kembali menyokong kerajaan Barisan Nasional.

Dilingkungi exco exco yang hanya lantang dalam isu isu yang akan menguntungkan "politic milage" mereka dan mengenepikan kerja kerja sebenar Pemuda dalam membantu parti.

Adakah layak Pergerakan Pemuda Umno Malaysia berlaku ego dalam soal ini?Hanya menuding kerajaan seolah semua itu salah kerajaan dan lupa melihat kelemahan diri sendiri.

Ketua Pemuda Umno Malaysia mestilah bertanggungjawap atas kelemahan ini dan menegur kepimpinan Pemuda Negeri.Dimana letaknya maruah Pemuda Umno Malaysia andai tidak dapat mengembalikan suara anakmuda dan terjemahan diatas kertas undi menyokong kerajaan Barisan Nasional.

Exco exco yang dilantik juga harus memikul tanggungjawap ini bersama.
Jangan lempar batu sembunyi tangan.
Sudah tiada aura lagi PPUM.