Wednesday 26 August 2015

Ambiga Patut Dikenakan Tindakan Tegas.

Apa sebenarnya motif kempen Bersih ini?
Seakan tidak memperdulikan keharmonian masyarakat majmuk Malaysia penganjur terus bertindak menghasut rakyat untuk menentang Kerajaan yang sah dipilih dalam pilihanraya.

Walaupun pihak berkuasa mengesahkan tiada sebarang permit diluluskan penganjur tetap berkeras.Apakah Polis DiRaja Malaysia tidak mengambil langkah awal mencegah?

Apa yang pernah dilakukan dalam kempen Bersih yang lepas hanya kerosakan harta awam serta imej Malaysia dimata dunia.Atas alasan apa pula kempen kali ini dilakukan.Atau penganjur sememangnya hanya inginkan kekacauan.

Hasutan pula telah bergema lama sebelum tarikh diumumkan.Apa tindakan tegas dari PDRM?Akta POTA telah diluluskan dalam Parlimen jadi mengapa ianya tidak digunakan.

Rakyat sudah muak dengan kempen sebegini yang ternyata mendatangkan keburukan kepada pelbagai sektor kerana tarikh hanyalah sehari sebelum tarikh Hari Kemerdekaan Malaysia.Apa sebenarnya dibalik pemilihan itu?

Kerajaan sebaiknya bertegas demi kesejahteraan majoriti Rakyat yang cintakan kedamaian dan harmoni.
Ambiga patut dikenakan tindakan tegas.

No comments:

Post a Comment