Thursday, 20 August 2015

Puteri Umno Kena Sumpahan Sang Kelembai…Jadi Patung Cendana???

Pergerakan Puteri Umno Malaysia Kena Sumpahan Sang Kelembai?
Dibarisi oleh individu hebat serta punya pengaruh Puteri berjaya menawan hati pengundi muda dari golongan belasan tahun.

Tidak dinafikan gerak kerja mereka sangat efisien dalam mendekati anakmuda.
Namun sejak Presiden Umno diserang hingga saat ini tidak kelihatan satu bentuk sokongan dari sayap ini terhadap Presiden Umno.

Ketua Puteri terus membisu tanpa menyatakan pendirian selaku wakil Puteri Umno.Bila ketua diam membisu maka barisan exco juga seolah jadi patung cendana-watak dalam filem melayu-.

Apakah Puteri tiada semangat SOLIDARITI atau sememangnya memandang enteng serangan terhadap UMNO dan Presiden?Dimana ketua media penerangan Puteri?Ketua Media Sosial Puteri?Mengapa tiada langsung tindakan progresif dibuat dalam menangkis serangan terhadap Umno?

Apakah mereka bermain selamat dengan membelakangkan SOLIDARITI kepada Umno?Siapa yang harus bertanggungjawap?

Diharap agar Puteri jangan khayal dengan serangan keatas Umno dan beranggapan itu tidak menjejaskan apa apa.Anakmuda sentiasa memerhati anda Puteri Umno.Selaku Ketua Puteri Umno YB Mas harus tegas dalam menyatakan pendirian Puteri Umno.