Monday, 7 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - 3 PENJURU BERI KELEBIHAN KEPADA BARISAN NASIONAL, KAYVEAS BAKAL LEMASKAN MANOGARAN

3 Penjuru Buat DAP Sesak Nafas, Kelebihan Buat Barisan Nasional


Pengumuman oleh ahli politik 'senior' dari MyPPP M.Kayveas bertanding dalam PRK CH dilihat sebagai ancaman buat Pakatan Harapan dan calon mereka Manogaran. Keputusan yang dilakukan Kayveas sedikit sebanyak mencetus polemik baru di Tanah Rata yang menjadi kubu kuat ahli politik tersebut. Sebagai pencabar terbaru dalam PRK kali ini, sudah tentu ada impak yang akan berlaku di kawasan kubu kuat DAP sendiri sementelah beliau pernah 'turun padang' dan bertemu kebanyakan pengundi di Tanah Rata.

Walaupun kini Pakatan Harapan memerintah, pengundi atas pagar di Tanah Rata menilai pihak mana yang selama ini berada bersama mereka serta memberikan perhatian kepada permasalahan yang dihadapi penduduk tempatan selama ini. DAP selama beberapa penggal tidak menjadi rujukan rakyat walau wakil rakyat DAP berada dalam Dewan Negeri kerana tahu BN adalah pihak yang membantu rakyat CH dan membawa perubahan landskap ketara kepada mereka menerusi pelbagai projek yang melestarikan kehidupan pengundi. Malah Kayveas sendiri tidak boleh menafikan fakta tersebut dan beliau sendiri pernah berkempen untuk BN selama 4-5 tahun berulang alik ke Tanah Tinggi itu.

Secara positif Barisan Nasional selaku penyandang kerusi CH sejak 4 pilihanraya mempunyai kelebihan dari pengumuman Kayveas. Perpecahan sokongan pengundi India dan Cina di Tanah Rata akan memberikan tekanan terhadap Manogaran dan DAP untuk membawa isu tempatan berbanding 'Uncle Bond'. Sebalik kempen yang akan dijalankan oleh MyPPP, pengundi di Tanah Rata mempunyai peluang menilaikan pihak mana yang selama ini bersama mereka sekaligus akan diberikan sokongan menerusi undi pada 26 Januari kelak. 

Barisan Nasional yang akan meletakkan calon mereka pula berdepan dengan sedikut kesukaran menawan undi Tanah Rata namun dijangkakan tidak menghadapi masalah di Jelai dan kini dengan kehadiran Kayveas akan memberi ruang kepada BN untuk menokok undi dari pengundi atas pagar yang kini telah hilang kepercayaan terhadap Pakatan Harapan selepas KEGAGALAN PH menunaikan manifesto dalam kempen PRU14 yang lepas. Walau bagaimanapun kehadiran Kayveas tidak boleh dianggap sebagai 'de facto' kemenangan BN dalam pertarungan 3 penjuru setakat ini kerana sudah tentu jentera BN akan bekerja keras memastikan kemenangan  pada PRU14 dikekalkan bagi membalas kepercayaan pengundi sekaligus memastikan kebajikan serta perkembangan ekonomi pengundi Parlimen Cameron Highlands terbela.

DAP yang kini berada dalam Kerajaan PH sudah pastinya akan lebih tergugat jika pertarungan kekal 3 penjuru. Sebalik kekuatan jentera PH yang kini sudah agak 'Mewah' mereka harus ingat keunikan pola pengundi di 2 DUN agak berbeza dan golongan atas pagar di CH merupakan penentu bagi mana mana parti untuk menang. DAP yang hanya bergantung pada kekuatan PH selaku Kerajaan Memerintah tidak boleh menafikan kekuatan BN yang terbukti selama 61 tahun menjaga dan membawa pelbagai kemajuan kepada rakyat. Percubaan menafikan jasa BN memang akan dilakukan oleh jentera PH sebagai satu bentuk serangan saikologi namun pemikiran pengundi yang jauh 'LEBIH BIJAK' menilai dijangkakan akan memihak kepada BN.

No comments:

Post a Comment