Friday 4 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - PAKATAN HARAPAN AKAN TUKAR CALON SAAT AKHIR, PPBM BAKAL AMBIL ALIH?

Sentimen Pengundi Melayu Akan Buat Manogaran 'Gigit Jari'?


Sebalik kempen awal oleh Pakatan Harapan yang menamakan bekas calon DAP pada PRU14, kemungkinan menukar calon di saat akhir tidak mustahil berlaku demi memastikan kemenangan. Banyak faktor yang bakal menjadi isu di kalangan pengundi P078 Cameron Highlands bakal jadi pertimbangan mereka pada 26 Januari 2019. Dengan hampir 33% pengundi Melayu dalam Parlimen tersebut, suara majoriti perlu diambil kira jika di campur dengan undi pengundi Orang Asli yang mencecah 24%.

Tewas dalam PRU14 dengan kurang dari 600 undi, Manogaran yang dinamakan sebagai calon bagi PRK CH tidak terkecuali dari sebarang keputusan Pakatan Harapan yang dikenali sebagai Kerajaan U Turn berikutan banyak keputusan mereka yang tidak konsisten.

PPBM yang pernah bersuara untuk bertanding di kerusi tersebut tetapi dinafikan kerana 'menghormati' kerjasama Pakatan Harapan. Bagaimanapun dipercayai ada pihak tertentu yang akan terus melobi agar PPBM diberikan kerusi CH berdasarkan sentimen dan momentum semasa. Sejauh mana perancangan dan suara tersebut akan di terima tidak dapat dipastikan.


No comments:

Post a Comment