Monday 7 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - TUN MAHATHIR DEDAHKAN DAP MERUPAKAN TAUKE SEBENAR DALAM PAKATAN HARAPAN, PARTI LAIN SEKADAR 'MACAI'?

Tun M Telanjangkan Rupa Sebenar DAP Di Balik 'Anugerah' Kerusi Perdana Menteri.




Tidak mengejutkan langsung apabila Perdana Menteri, Tun M mendedahkan peranan DAP dalam Pakatan Harapan yang memberi peluang kepadanya menjadi PM Kerajaan Pakatan Harapan selepas memenangi PRU14. DAP yang sememangnya terkenal dengan taktikal 'Matlamat Menghalalkan Cara' berjaya menawan Mahathir yang pernah digelarkan sebagai 'Ultra Melayu' untuk menumbangkan Barisan Nasional selepas 61 tahun dengan menawarkan kerusi Perdana Menteri jika bersetuju menggepalai mereka (Pakatan Harapan).




Pautan pengakuan Mahathir - http://m.utusan.com.my/berita/politik/peranan-dap-dalam-kerajaan-ph-penting-dr-mahathir-1.817568

Pengakuan Mahathir sekaligus menjelaskan tindakan beliau yang sanggup berbuat apa sahaja demi kuasa dan tidak peduli dengan apa pandangan Melayu terhadapnya berikutan kerjasama dengan musuh (politik) tradisi sepanjang karier politik beliau. 

Tonton juga - https://suara.tv/07/01/2019/dap-yang-tentukan-kedudukan-saya-sebagai-perdana-menteri-dr-mahathir/

Bagi mengekalkan kedudukan di Putrajaya, Mahathir meletakkan kepentingan 33.5% pengundi Melayu dan hampir 23% pengundi Orang Asli sebagai taruhan apabila memilih DAP untuk mejadi wakil PH dalam PRK P078 CH. Pengakuan Mahathir sekaligus menjelaskan mengapa DAP diberikan peluang selepas 3 kali kekalahan di Cameron Highlands dan 2 kali mengemukakan calon yang sama. Walau PPBM CH telah ditubuhkan, mereka hanyalah sekadar 'MACAI' bersama sama PKR dan AMANAH bagi memeriahkan kehadiran pemimpin atasan Pakatan Harapan (DAP) dan hanya jadi 'Nasi Tambah' bagi memenuhkan ruang kosong setiap kali acara melibatkan PH diadakan di kawasan Cameron Highlands. Jadi dimanakah maruah sekutu lain yang boleh dikatakan kebanyakan ahlinya adalah Orang Melayu di CH?

Jika pada PRU14, PH menggunakan lambang PKR namun kali ini belum tentu mereka kekal menggunakan bendera PKR. Dari desas desus pengundi di Parlimen CH yang terdiri daripada 2 Dun - Jelai dan Tanah Rata - DAP hampir pasti akan menggunakan lambang asal mereka iaitu Roket untuk menunjukkan kekuatan mereka dalam PH namun sejauh mana kebenaran khabar tersebut tidak dapat dipastikan. Adakah akan ada konsensus dalam PH untuk bersetuju agar DAP menggunakan Bendera Roket bagi mengelakkan kekeliruan pengundi kelak?

Apa jaminan dari PH bagi menjaga kepentingan pengundi Melayu di CH sedangkan kempen kempen (tidak rasmi) hanya tertumpu pada kelompok tertentu? Adakah DAP akan jaga kebajikan Pengundi Melayu dan Bumiputera jika mereka berjaya merampas kerusi CH? Apakah akan ada pertimbangan berat sebelah jika Manogaran berjaya menjejakkan kakinya di Parlimen? Inilah yang perlu difikirkan secara realistik dan diberikan pertimbangan serius oleh pengundi sebelum membuang undi nanti. Tidak bermaksud untuk menjadi rasis atau menghasut, kepercayaan pengundi terhadap sikap bolak balik DAP sendiri telah terbukti apabila banyak keputusan dalam kerajaan dipengaruhi oleh DAP yang menguasai suara majoriti dalam Pakatan Harapan malah dalam isu ICERD 2 orang wakil rakyat DAP sendiri antara lantang bersuara dan mendesak agar perkara tersebut diberikan sokongan penuh oleh ahli DAP. Tidak dilupakan bagaimana tindakan serta kenyataan U-TURN Pakatan (Menteri Kewangan dan beberapa lagi Menteri DAP) yang menghampakan rakyat sepanjang 8 bulan memerintah dan ini akan menjadi pertimbangan pengundi Melayu, Cina, India dan Orang Asli.

Pada 26 Januari 2019, pengundi akan menentukan sendiri nasib mereka. Apa juga yang pengundi putuskan itulah suara rakyat dan semua pihak perlu menghormatinya selari dengan amalan Demokrasi Berparlimen yang menjadi amalan Malaysia sejak 1957.


No comments:

Post a Comment