Thursday, 24 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - 43 TAHUN SG KOYAN WUJUD, HANYA SEBAB PRK BARU TUN M MAHU DATANG?

22 Tahun Jadi PM, Tun M Tahu Atau Tidak Felda Sg Koyan Wujud


Kempen Pilihanraya Kecil Cameron Highlands semakin menuju klimaks kempen 14 hari yang ditetapkan SPR. Sepanjang hampir 13 hari kempen pelbagai kontroversi melanda telah mengundang pandangan berbeza dari pengundi CH. Sekonyong-konyong pemimpin DAP dan Pakatan Harapan melaungkan mahu menjadi juara kepada Orang Asli dan menuduh Barisan Nasional telah mengabaikan Kaum Pribumi itu selama 6 dekad memerintah.

Berdedailah pemimpin PH terutama DAP mendekati dan memeluk Orang Asli kononnya merekalah sebenarnya pihak yang prihatin kepada masyarakat ini. Semua kerana PRK! Sebenarnya dimanakah mereka (DAP & PH) sebelum ini? Merekakah yang selama ini menghulurkan bantuan setiap kali Orang Asli datang meminta diberikan bantuan?  Terlalu banyak kelompangan PH yang boleh dicatitkan jika mereka mendabik dada bahawa Pakatan Harapanlah selama ini memperjuangkan kaum ini. 


Paling menarik perhatian ialah jadual Perdana Menteri Ke-7, Tun Mahathir yang dijangkakan akan turun berkempen di sebuah penempatan Felda buat PERTAMA KALI DALAM SEJARAH POLITIKNYA.  Felda Sungai Koyan yang terdiri dari 3 rancangan adalah antara yang paling unik di Malaysia. Menghimpunkan bekas tentera zaman darurat (Tentera British kemudian diserapkan dalam ATM)  di Felda Sg Koyan 2 & 3 selain penduduk asal Pahang di Sg Koyan 1, kewujudan Felda ini adalah satu-satunya Felda yang menyediakan tanah ladang seluas 14 ekar bagi setiap peneroka. Allahyarham Tun Razak menghargai jasa Tentera yang bermati-matian mempertahankan Malaysia dari perosak negara (komunis) lantas memberi keistimewaan kepada mereka. Selepas 43 tahun Felda Sg Koyan wujud hanya kerana PRK CH, Tun M akan menjejakkan kakinya ke Legasi Tun Abdul Razak! Sebelum ini adakah beliau sedar Sg Koyan itu wujud? 

  • adakah Tun M akan umumkan 'Durian Runtuh' buat peneroka?
  • adakah Pakatan Harapan akan hapuskan HUTANG Peneroka Sg Koyan?
  • adakah Pakatan akan menawarkan kediaman dengan kadar rendah buat generasi kedua Felda?
  • adakah Pakatan Harapan akan bentangkan Manifesto Khas Prk CH buat peneroka Felda, generasi kedua dan pemgundi Jelai?


Menariknya apabila Mahathir yang akan turun buat kali pertama ke Sg Koyan telah mengundang persepsi penduduk tempatan. Beliau yang sering turun ke suatu tempat berkempen seperti memberi isyarat Pakatan Harapan agak goyah di Cameron Highlands dan beliau perlu turun bagi meraih undi Pengundi Melayu. Lazimnya sewaktu Mahathir masih PM Ke-4, beliau hanya menyerahkan tugas meraih undi pada Timbalan dan Pengarah Pilihanraya yang telah di lantik namun jika kawasan tersebut sukar ditembusi oleh kepercayaannya barulah dia turun sendiri. Maka akan bermulalah episod 'Sendu Berlagu Pilu' mengalahkan Seniwati Air Mata Negara Allahyarhamah Neng Yatimah. Sudah pasti Tun M akan 'berdrama' bagi meruntun hati Orang Melayu yang terkenal lembut hati dengan 'Melodrama' Sinetron Tv4 suku. Adakah Pengundi Jelai akan 'Membeli' apa yang Mahathir bakal bentangkan?


Adakah 'Lakonan' akan berjaya mempengaruhi pengundi? Mengapa hanya program bertemu rakyat dan bukan siri ceramah seperti selalu dilakukan beliau? Adakah beliau sudah menyedari bahawa Pakatan Harapan semakin di tolak rakyat selepas KEGAGALAN Pakatan menunaikan JANJI dan kini PENEROKA FELDA menjadi mangsa kerana keegoan urusniaga dengan pengimport minyak sawit terbesar negara? Masih terbayang Manifesto PH semasa PRU14 yang menggariskan akan menghapuskan Hutang Peneroka namun hingga hari ini LANGSUNG TIADA KHABAR dan 'Tukang Canang' ceritera tersebut sudahpun selesa di kerusi empuk sebuah agensi milik kerajaan. 

Persoalan yang lebih menarik, BERANIKAH Tun M berceramah di Tanah Rata di mana kebanyakan pengundi kaum Cina adalah 'Penganut Tegar' DAP yang pernah beliau labelkan sebagai Parti Rasis? Di Tanah Rata kebanyakan pengundi 'otai' merupakan antara ahli parti DAP yang sekian lama menentang pemerintahan Mahathir dan ada desas desus menyalahkan beliau yang GAGAL mengurus hubungan baik pengimport hasil tanaman Cameron Highlands menyebabkan mereka (pekebun dan pengusaha sayur) kehilangan pelanggan terutama dari Singapura. Janji SST akan menurunkan kos kepada pekebun juga tidak nampak keberkesanan kerana harga barangan tetap mencanak naik manakala cukai barangan tetap dikenakan untuk pembelian keperluan kebun sayur. Manifesto apa pula akan beliau (Tun M) bentangkan kepada pengundi kaum Cina Cameron Highlands? 


Pemerhatian yang dilakukan selama hampir 2 minggu mendapat reaksi berbeza daripada pengundi. Mereka mahukan perubahan namun dalam masa sama perubahan dari Manifesto PRU14 masih jauh dari pencapaian dan ini menyebabkan mereka berfikir 2 kali sebelum memberikan undi kepada Pakatan Harapan. Pengusaha kebun yang menjadi pengguna setia Diesel amat terasa dengan 'PENURUNAN HARGA' bahan bakar yang dijanjikan Pakatan Harapan pada 9 Mei lepas. Pada mereka Pakatan Harapan tidak membawa apa apa perubahan langsung kepada ekosistem ekonomi mereka kerana bagi mereka (pekebun) yang penting kos dikurangkan sekaligus menjana keuntungan yang lebih sedikit tetapi HARAPAN TINGGAL HARAPAN!


Bagi pengundi P078 siapa juga yang bakal menang perlu sensitif dengan keperluan dan kehendak sebenar pengundi CH dan bukan hanya berpolitik 24 jam seperti yang berlaku dalam Kerajaan Pakatan Harapan sekarang. Masa untuk pandang kedepan dan mencari laba dari usaha keras mereka perlu diutamakan. Pengundi dari kedua-dua DUN samada Tanah Rata mahupun Jelai memerhati dan menilai pihak mana yang membantu mereka sejak dahulu dan bukan yang hanya TUNJUK MUKA bila ada PRK.


Dijangkakan pilihanraya kali ini sengit dan sebagai sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen, biarlah Rakyat tentukan pada 26 Januari 2019 SIAPA YANG MENIPU MEREKA SELAMA 9 BULAN pertukaran Kerajaan di Putrajaya.

No comments:

Post a Comment