Perjumpaan Dibatalkan Saat Akhir Kerana Tiada Sambutan?
Menteri Pertahanan yang dijangkakan akan membuat pertemuan dengan veteran tentera di Felda Sungai Koyan menerima 'Penampar Jepun' apabila pertemuan tersebut dikatakan dibatalkan.
Sebab musabab mengenai pembatalan tersebut tidak dapat dipastikan namun dipercayai kerana khuatir tidak mendapat sambutan. Presiden AMANAH yang dikenali sebagai turut memperjuangkan bagi mengangkat imej komunis sebagai pejuang turut dikatakan mempengaruhi penolakan veteran tentera Sg Koyan yang pernah berada dalam zaman darurat dan menentang komunis.
Kehadiran YB Mohammad Sabu yang dipercayai ada kaitan dengan Pilihanraya Kecil P078 dan secara tidak langsung ini akan dilihat sebagai 'kempen awal' Pakatan Harapan. Bukankah selama ini Pakatan Harapan paling lantang menentang kempen awal semasa mereka berada di blok pembangkang sebelum memenangi PRU14 pada Mei 2018.
No comments:
Post a Comment