Monday 7 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - DAP GENTAR HADAPI PRK, LIM KIT SIANG CUBA MANIPULASI KERJASAMA DALAM BARISAN NASIONAL

Dap Tekan 'Butang Panik', Cuba Campuri Urusan BN Dalam Menamakan Calon PRK P078 CH




Ciapan (twitter) terbaru dari Lim Kit Siang mengenai calon BN dalam pilihanraya kecil Cameron Highlands jelas menunjukkan DAP hilang kepercayaan kepada calon mereka sendiri bagi menghadapi calon BN yang masih belum diumumkan lagi. Dalam status beliau Lim Kit Siang cuba mempengaruhi MIC untuk keluar daripada Barisan Nasional atas alasan tidak dibenarkan bertanding sedangkan BN masih belum memutuskan siapa yang akan dicalonkan mewakili BN.

Pautan Twitter Lim Kit Siang - https://twitter.com/limkitsiang/status/1082096382901514240?s=19

Siapa Lim Kit Siang untuk mencampuri urusan dalaman BN? Beliau wajar memikirkan tentangan yang bakal Manogaran hadapi dengan pengumuman Presiden MyPPP Tan Sri Kayveas untuk bertanding di Cameron Highlands atas tiket MyPPP sendiri. DAP sendiri kelihatan tidak bermaya walau sudah mulakan kempen (tidak rasmi) apabila kehadiran nama nama besar dari sekutu dalam Pakatan Harapan termasuk DAP masih belum mampu menarik perhatian pengundi. Kebanyakan pengundi masih trauma dengan pelbagai janji terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan pada PRU14 termasuk janji untuk merendahkan kos sara hidup rakyat masih belum dapat ditunaikan sebaliknya PH terlalu banyak bermain 'Politiking' untuk memastikan pengundi berada dalam cengkaman mereka.

Kenyataan Kit Siang dalam twitter tersebut menampakkan kelemahan DAP Cameron Highlands sendiri dalam menangani masalah di Dun Tanah Rata walaupun wakil rakyat Tanah Rata merupakan wakil parti mereka. Pengundi masih memerhatikan gelagat PH yang masih belum memfokuskan bagaimana untuk membangunkan Malaysia tetapi sebaliknya hanya menuding jari kepada pihak lain bagi menutup kelemahan urustadbir Pakatan Harapan yang rakyat melabelkan mereka sebagai 'Kerajaan GAGAL'.

Apabila Kit Siang mula menampakkan kegusaran beliau maka fahamlah bahawa kini DAP sudah menekan 'Butang Panik' dan sudah pasti mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi merampas kerusi CH termasuk menukar calon di saat akhir. Pemimpin lain dari DAP sudah tentu tidak berani mengeluarkan sebarang kenyataan dibimbangi akan memjejaskan calon namun dari apa yang boleh dinilaikan, kini DAP mungkin menerima tekanan dari sekutu Pakatan Harapan untuk memberi laluan kepada pihak lain dalam PH. Tidak mustahil ada krisis dalaman PH yang masih belum diselesaikan hanya walau Tun M sendiri menamakan Manogaran sebagai calon tetapi apa kata akar umbi sekutu dalam PH?

Mungkin kenyataan Kit Siang kelihatan 'Anti Klimaks' namun BN perlu berwaspada dengan taktikal licik DAP dan Pakatan Harapan yang mahu melekakan jentera BN. Perlu diingatkan untuk menjadi 'Status Quo' dalam Parlimen, DAP perlu menambah kerusi mereka sekaligus menjadi suara majoriti dalam Pakatan Harapan bagi membolehkan mereka mengawal semua parti yang bernaung di bawah PH.

No comments:

Post a Comment