Sunday 13 January 2019

PRK CAMERON HIGHLANDS - LIM KIT SIANG MAHU TUTUP KEGAGALAN MANIFESTO PAKATAN HARAPAN, MULA 'SERANG' CALON BN

Apa Manifesto DAP Dalam PRK CH Selepas Manifesto PH GAGAL?



Selepas GAGAL menepati manifesto utama Pakatan Harapan, Lim Kit Siang cuba mengalih perhatian rakyat Cameron Highlands kepada calon Barisan Nasional dengan isu 1MDB. Status twitter Kit Siang jelas menampakkan kegusaran beliau bagi Manogaran (DAP) berdepan Ramli (BN) lantas cuba menimbulkan prejudis kes yang masih belum dibicarakan Mahkamah.



Lim Kit Siang seperti kehabisan idea dalam PRK CH apabila tidak membawa manifesto PH untuk dibentangkan kepada pengundi sebaliknya membawa isu yang tidak relevan dengan kehendak tempatan. Apa manifesto sebenar DAP kepada CH? Jika hanya berjanji akan menyelesaikan isu pemilikan tanah, isu lesen pertanian tanah TOL, isu perlesenan kononnya hanya boleh diselesaikan oleh PH, ketahuilah itu semua hanyalah PENIPUAN DAP untuk mengaburi pengundi.



Berikut adalah petikan isu tanah yang dijawap sendiri Menteri Besar Pahang - 

"Sehingga hari ini, Lesen Pendudukan Sementara (TOL) yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Pahang kepada para petani berjumlah 24007.4 hektar atau 3.38% daripada keluasan Cameron Highlands.

Kerajaan Negeri akan sentiasa memberi perkhidmatan terbaik. Perihal tanah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah Dan Daerah adalah dibawah bidang kuasa Kerajaan Negeri." - Wan Rosdy




Jelas sekali Manogaran dan DAP tidak memahami klausa kuasa kerajaan negeri tetapi masih mahu MENIPU PENGUNDI apabila mendakwa hanya Pakatan mampu selesaikan isu berkaitan tanah di CH. Amat memalukan bagi mana mana pihak yang berkempen tetapi tidak bersandarkan fakta sebenar sebaliknya hanya meletakkan retorik sebagai modal kempen. 



Apa jawapan Kit Siang sekiranya di tebak dengan persoalan berkaitan Manifesto PH yang turut dibentangkannya dalam PRU14? Mana janji PH kepada peneroka Felda? Mana pembatalan Tol? Mana janji kepada peminjam PTPTN? Jika 3 soalan ini pun DAP tidak boleh jawap, masih adakah maruah Kit Siang mahu menekan calon BN? Pembangunan kepada kaum Pribumi (Orang Asli) CH yang disediakan BN selama ini ditunaikan mengikut jadual kemajuan masa ke semasa. Najib sendiri ketika masih Perdana Menteri telah meluluskan bajet yang agak besar untuk Parlimen CH namun segalanya dihentikan apabila PH mengambil alih Putrajaya. Bayangkan 'KEKEJAMAN REGIM PAKATAN' apabila mereka menafikan HAK Parlimen Cameron Highlands dengan membatalkan/ menghentikan projek kemajuan pengundi Dun Tanah Rata dan Dun Jelai. Apakah Kit Siang mampu jelaskan mengapa sikap 'Double Standard' diamalkan PH sedangkan BN tidak membataskan politik dalam membangunkan sesebuah tempat?


No comments:

Post a Comment