Saturday 10 December 2016

"BAPAK AYAM' TIDAK BOLEH DIHARAPKAN - AHLI DAP AKAN SABOTAJ JIKA TERUS JALIN KERJASAMA POLITIK?





'BAPAK AYAM' TIDAK BOLEH DIPERCAYAI - SABOTAJ UNDI AKAN BERLAKU JIKA JALIN KERJASAMA DENGAN MAHATHIR


Democratic Action Party (DAP) yang mendakwa terbuka kepada kritikan serta pnadangan daripada ahli parti sekular sosialis tersebut merupakan retorik yang dimainkan oleh pemimpin mereka sendiri. Menjadi kelaziman pari it yang akan mengambil tindakan jika terdapat kritikan dari ahli terhadap Dinasti Lim yang merupakan tunggak DAP selama beberapa dekad. 

Pemecatan beberapa pemimpin DAP kerana mengkritik Lim Kit Siang serta Lim Guan Eng membuktikan parti itu tidak pernah membuka ruang kepada ahli biasa untuk menyentuh sebarang keputusan yang di buat oleh Setiausaha Agung mahu pun Ketua Pembangkang selama mereka berada dalam arus politik nasional.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke yang cuba menenangkan keadaan 'ribut' dalam DAP selepas Shamsher Singh Thind yang menarik diri dari DAP Bahagian Chai Leng Park kerana tidak bersetuju dengan keterbukaan DAP menerima Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menjalinkan kerjasama politik. Shamseer yang menggelarkan Mahathir sebagai BAPAK AYAM, ULAR kerana kritikan serta cemuhan ketika Mahathir berkuasa enggan menerima kehadiran Mahathir yang kini dikatakan sangat terdesak mencari pengaruh dari DAP bagi membolehkan PPBM menyertai Pakatan Harapan dalam kerjasama menjatuhkan Umno,Barisan Nasional pada Pru akan datang.

Anthony yang menyatakan DAP sangat terbuka menerima sebarang pandangan dari ahli cuba menutup mulut ahli DAP lain dari mengkritik sebarang perjanjian antara DAP dan Mahathir sedangkan merkea tahu akibatnya jika cuba melawan sebarang keputusan yang telah ditetapkan pucuk pimpinan parti. Tindakan Shamseer pula dilakukan bagi mengelak sebarang tindakan dikenakan dan beliau memilih untuk keluar parti terlebih dahulu. Sebelum Shamseer, Sangeet Kaur Deo anak kepada mendiang Karpal Singh turut melahirkan kebimbangan dengan kehadiran Mahathir ke Persidangan Tahunan DAP 2016 dan mengingatkan agar DAP berhati hati memilih sekutu politik.

Semasa menghadiri Persidangan tersebut, Mahathir telah memuji DAP yang beliau sifatkan sebagai sebuah parti yang lebih baik dari apa yang beliau ketahui kerana pelbagai kaum terlibat dalam DAP dan tidak terhad kepada kaum Cina sahaja. Namun demikian, poltikus DAP masih ingat bagaimana Mahathir yang pernah memusuhi DAP satu ketika dahulu menyerang pimpinan DAP serta parti itu semasa berkuasa. Malah Mahathir menyifatkan DAP lebih baik dari MCA tetapi ramai ahli DAP sangsi akan kenyataan mantan PM itu yang dikatakan bersifat 'pujian politik' bagi mencari sokongan dari salah sebuah parti terbesar kaum cina di Malaysia.


DAP yang terkenal dengan cara pemerintahan 'Kuku Besi' selama ini pasti tidak akan memberi peluang kepada perwakilan melahirkan pandangan yang bertentangan dengan pemimin demi keuntungan poltik serta survival mereka dalam Pru14. Tidak mampu berharap kepada PAN, PPBM di lihat DAP sebagai platform terbaik bagi mereka mengembangkan penguasaan Pakatan terhadap undian kaum Melayu. Namun demikian rata rata ahli DAP yang di temui tidak berminat dengan cara pemimpin atasan tetapi tidak berani menyuarakan kerana tidak mahu dikenakan tindakan yang lazim dilakukan terhadap mereka yang tidak bersetuju dengan keputusan Dinasti Lim.

Menurut satu sumber dalaman DAP, mereka hampir pasti tidak akan memberi sebarang undian jika PPBM bertanding kelak walau sebagai sekutu dalam Pakatan Harapan kerana tidak yakin dengan Presiden PPBM dan Mahathir sendiri. Menurut sumber itu lagi, sabotaj terhadap calon PPBM akan dilakukan jika pimpinan DAP masih degil dan masih mahu meneruskan kerjasama dengan Mahathir yang mereka anggap sebagai 'Rasis' walau kini sudah tidak berada bersama dengan Umno.


Bagi mereka, Mahathir merupakan seorang yang tidak boleh dipercayai langsung kerana beliau hanyalah seorang penasihat parti dan bukannya Presiden PPBM. Bagi merka langkah yang sedang dilakukan Mahathir hanyalah bagi mengukuhkan cengkaman PPBM di kalangan sekutu Pakatan Harapan bagi kepentingan survival PPBM yang belum teruji dalam pilihanraya. Malah bagi ahli biasa DAP, tiada guna parti menjalinkan kerjasama dengan PPBM jika pembahagian kerusi kelak akan mengikut formula yang dikemukakan Mahathir. Parti Amanah Negara (PAN) pula dilihat sebagai satu parti yang lebih sesuai bagi DAP jalinkan hubungan rapat kerana pimpinan tertinggi PAN sudah pasti tidak akan mempertikaikan sebarang keputusan dari pimpinan DAP manakala PKR pula yang sedang berhadapan dengan krisis dalaman tidak mungkin boleh memberi fokus 100% bersama Pakatan Harapan.






No comments:

Post a Comment