Monday 26 December 2016

SKANDAL PPBM MASUK ERA 'PERANG DUNIA' - MUHYIDDIN JADI 'TEKUKUR' TAKUT HILANG JAWATAN?






'PERANG DUNIA KE-5' BAKAL TENGGELAMKAN ARMADA PPBM 

Perang besar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kian panas dengan penyingkiran Ketua Srikandi PPBM Anina Saadudin yang disifatkan sebagai permulaan 'kehancuran' parti tersebut. Anina yang dikaitkan dengan skandal salah laku seks selepas transkrip mesej berbaur lucah tersebar dan beliau dikatakan sebagai salah seorang yang terlibat kerana hingga kini tiada sebarang laporan polis di buat untuk menafikan pembabitannya.

"tetapi hanya sebuah parti bodoh akan tunduk kepada skandal bodoh" memetik kenyataan Anina kepada FMT.

Kekeliruan mengenai status jawatan Anina dalam PPBM turut membuat penyokong dan ahli parti mula berasa hairan dengan perlembagaan parti yang baru 3 bulan ditubuhkan itu. Menurut sumber, penyokong kuat Anina mula berasakan mereka tertipu dengan kepimpinan tertinggi parti tersebut kerana tidak konsisten dalam mengambil tindakan serta menyifatkan Ahli Majlis Tertinggi 'pilih kasih' kerana mereka tidak berbuat apa apa dalam isu melibatkan Presiden PPBM sendiri tetapi dengan pantas mengambil keputusan menghukum Anina kerana desakan pihak tertentu.


Anina mendakwa beliau telah mengangkat sumpah pada 2 November lalu dan secara rasmi menjadi Ketua Srikandi PPBM namun menurut Timbalan Presiden Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Agung Shahruddin Md Salleh kedudukan Anina hanyalah sebagai penaja sahaja. Ini menimbulkan lagi keraguan mengenai kemampuan parti tersebut yang bercita cita tinggi untuk menyingkirkan PM Najib pada PRU14 sedangkan susunan kepimpinan porak poranda malah lebih memeningkan mereka Muhyiddin Yassin selaku Presiden seperti 'Boneka' yang hanya berdiam diri dan mengikut apa juga keputusan yang Mukhriz dan Mahathir mahukan. Kredibiliti Muhyiddin sebagai Presiden sudah mula kedengaran apabila Mahathir di lihat lebih mendominasi program yang PPBM aturkan dalam siri jelajah mereka.

Pakatan Harapan yang masih belum menerima kemasukan PPBM secara sah dalam gabungan pasti akan menarik nafas lega dengan 'Perang Besar' yang berlaku kerana jika mereka salah percaturan segala impian untuk menawan Putrajaya akan berkecai akibat perebutan 4 parti dalam Pakatan Harapan. Walau ada antara gabungan Pakatan menawarkan kerusi untuk PPBM tandingi dalam PRU14 kelak pastinya PPBM masih belum boleh diberikan keistimewaan memilih mana mana kerusi yang dikehendaki dan berapa jumlah yang mereka mahukan. Bukan mudah bagi DAP selaku parti dominan dalam Pakatan mahu melepaskan kedudukan mereka kepada PPBM kerana Mahathir punyai rekod yang agak tidak baik bagi mereka semasa masih berkuasa. Hubungan baik sesama mereka dikatakan hanya sebagai propaganda mengelirukan rakyat dan mencari simpati semata-mata. PAN selaku sekutu gabungan Pakatan pasti tidak mahu memberi laluan mudah memandangkan mereka mahu bertarung dengan PAS manakala PKR pula mahu mempertahankan Selangor daripada di rampas BN. DAP sudah tentu mahu memecah tembok Johor dan Pahang serta mempertahankan P.Pinang dan cuba merampas Melaka jadi di mana sebenarnya kerusi untuk PPBM?


Kemelut 'Di Muara' yang melanda PPBM merupakan tanda aras sebenar niat Mahathir bersama konco-konconya yang hanya berlandaskan dendam dan nafsu kuasa. Agenda untuk rakyat hanyalah retorik yang mereka taburkan sepanjang jelajah dan segala tuduhan terhadap kepimpinan Najib masih belum mampu mereka buktikan dan ini turut diakui sendiri oleh Mahathir. Muhyiddin yang mendakwa bermacam perkara tetapi hingga kini belum berani mengheret Najib ke Mahkamah dan Mukhriz yang satu ketika dahulu agak sombong dengan rakyat Kedah kini sudah mula berlakon 'Suci' mendekati rakyat walau rakyat Kedah tahu semasa beliau menjadi MB Kedah masanya banyak diluangkan di Kuala Lumpur.

Kini semua mata pemerhati tertumpu kepada PPBM bagi melihat bagaimana kepimpinan PPBM menyelasikan masalah yang melanda mereka sebelum melangkah lebih jauh dalam arus politik perdana. Jika masalah Anina pun tidak mampu diselesaikan bagaimana mereka mahu membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan? Sudah tentu kekacauan akan timbul bukan sahaja perebutan bagi jawatan utama pentadbiran negara malah perbalahan mungkin akan terjadi hingga melibatkan ahli serta penyokong Pakatan Harapan. Ternyata dengan gabungan mereka masih belum mampu menandingi rekod cemerlang Barisan Nasional sejak 1957. Rakyat sendiri memerhati semua ini dan pastinya golongan atas pagar tidak mahu satu pakatan yang kucar kacir memerintah negara sekaligus merosakkan semua perancangan yang direncanakan bagi membangunkan Malaysia.



No comments:

Post a Comment