Tuesday, 27 December 2016

BR1M ITU RASUAH,SKANDAL SEKS ITU BIASA? - KRISIS KEPERCAYAAN MELANDA PPBM KERANA MAHATHIR






'GENG GOPENG' DALANG SEBENAR JATUHKAN ANINA? - PPBM DI LANDA KRISIS KEPERCAYAAN


Krisis kepercayaan yang melanda PPBM diburukkan lagi dengan kenyataan Mahathir yang menyatakan penerima BR1M umpama menerima rasuah dari kerajaan. Ahli parti yang terpinga-pinga dengan kenyataan Mahathir mula meragui niat sebenar Mahathir yang dikatakan melangkaui Presiden PPBM sendiri dan tidak mempedulikan keluhan ahli parti yang selama ini menerima bantuan BR1M. Satu sumber mendedahkan Mahathir telah mengarahkan AMT PPBM membuat laporan polis terhadap kerajaan berkaitan pemberian BR1M. Tidak dapat dipastikan dari mana sumber tersebut tetapi berita ini telah tular dalam media sosial. Benarkah Mahathir telah berbuat demikian?

Langkah Mahathir ini dipercayai untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu skandal salah laku seks Ketua Srikandi PPBM yang diperkatakan orang ramai. Kedudukan Anina bagaimanapun tidak bertahan lama apabila Setiausaha Agung PPBM mengeluarkan kenyataan jawatan Anina itu hanya sementara kerana parti tersebut belum membuat pemilihan secara sah. Sekali lagi kekeliruan melanda PPBM yang baru ditubuhkan kerana membuat perlembagaan mengikut kehendak individu tertentu bagi memastikan tiada siapa yang boleh melawan sebarang perintah individu tersebut. Siapa individu terbabit yang mempunyai pengaruh begitu kuat terhadap sebarang perubahan perlembagaan parti?

Krisis Anina sangat menarik kerana kedudukannya sebagai Ketua Srikandi tidak mendapat sokongan dari Perak dan cara Anina melantik individu yang disuakinya sebagai pembantu di cemuh oleh beberapa pihak yang selama ini tidak menyenangi Anina Saadudin. Antara yang lantang bersuara mendesak Anina meletak jawatan atau digugurkan sebagai Srikandi PPBM ialah Hamizura Osman adik kepada Dato Hamidah Osman mantan Exco Perak. Walau Haiyan Uqba menafikan pembabitan Hamizura namun satu transkrip perbualan telah tersebar dalam media sosial. Dalam perbualan tersebut mengakui beliau adalah individu yang membongkar skandal salah laku seks Anina sekaligus ahli PPBM menjadi lebih keliru dengan kenyataan bekas pembantu Anina yang mendedahkan beliau mempunyai 196 mukasurat bukti salah laku Anina selama ini. Transkrip perbualan itu tidak diketahui keasliannya dan jika perkara tersebut palsu maka Hamizura perlu membuat laporan polis dan  mengambil tindakan kepada mereka yang mengeluarkan transkrip tersebut.

Adakah ini serang balas dari pro-Anina terhadap duo Osman berikutan 'perang saudara' dalam kepimpinan PPBM? Jika ini serangan balas maka perang besar bakal berlaku sekaligus membuka mata rakyat mengenai ketelusan parti itu yang kononnya berjuang untuk rakyat teteapi sebenarnya hanyalah bersandarkan perebutan kuasa mereka yang kecewa dalam politik. Langkah Pakatan Harapan yang masih belum menerima kemasukan PPBM dalam gabungan dikatakan langkah bijak DAP menilai sejauh mana kemampuan Muhyiddin Yassin mentadbir sebuah parti sebelum mereka diberikan kedudukan untuk mengambil alih kerusi di PRU14 kelak. Namun sehingga hari ini nampaknya Muhyiddin, Mukhriz masih belum mampu untuk memberi impak terhadap Umno, Barisan Nasional kerana krisis dalaman yang semakin memuncak ini. Muhyiddin sebenarnya di lihat sebagai Presiden yang lemah kerana beliau sendiri turut terpalit dengan skandal yang agak memalukan dan bagi Mukhriz pula beliau masih dibayangi Mahathir.

Kesimpulannya Pakatan Harapan tidak akan memberi ruang kepada PPBM untuk mengambil seberapa banyak kerusi yang diingini kerana selagi Mahathir bersikap DIKTATOR maka semua kemahuannya perlu dipenuhi dan ini tidak di terima sama sekali oleh Pakatan Harapan. Dengan 'Perang Dunia Ke-5' yang di hadapi PPBM menambahkan lagi keraguan rakyat dan pengundi atas pagar terhadap PPBM dan Pakatan Harapan.