Monday 5 December 2016

HINA RAJA RAJA MELAYU - NETIZEN GESA HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN MYANMAR PUTUS






FOTO RAJA RAJA MELAYU DI GANTUNG SELIPAR UNDANG KEMARAHAN RAKYAT MALAYSIA - GESA PUTUS HUBUNGAN DIPLOMATIK

Berikutan Himpunan Solidariti yang disertai oleh 2 Presiden parti terbesar orang Melayu, Umno dan Pas sebagai menunjukkan bantahan kepada kekejaman yang dilakukan ke atas etnik Rohingya di Myanmar (Burma) satu poster yang menghina Raja Raja Melayu telah diletakkan di hadapan Kedutaan Malaysia di Myanmar.

Satu poster gambar Raja Raja Melayu di kalungkan dengan selipar dan dipercayai sengaja diletakkan kerana membantah penglibatan Presiden Umno dan Presiden Pas dalam Himpunan Solidariti semalam. Tindakan ini mencetuskan perasaan marah di kalangan netizen Malaysia yang meletakkan Raja Raja Melayu di kedudukan yang tinggi dalam pemerintahan dan menjadi simbol kepada Kerajaan Malaysia di mana Yang DiPertuan Agong merupakan salah seorang daripada Raja Melayu yang di pilih sebagai Ketua Negara.

Mengapa Kerajaan Myanmar hanya berdiam diri dengan penghinaan ini? Adakah Aung San Suu Kyi memang mahu menyatakan bahawa Myanmar sedia memutuskan hubungan diplomatik dengan Kerajaan Malaysia dan keluar dari Asean? Junta Myanmar memang dikenali sebagai regim yang kejam terhadap sesiapa sahaja yang enggan menuruti kehendak mereka dan kekejaman mereka terhadap etnik Rohingya merupakan satu tindakan yang tidak boleh di terima dalam peradaban manusia.

Walau memenangi Hadiah Nobel, tindakan Suu Kyi yang berdiam diri terhadap kekejaman sami sami Budha terhadap Islam Rohingya merupakan kezaliman yang sememangnya perlu di kutuk oleh masyarakat dunia bukan sahaja Asean dan tindakan Najib dan Hj Hadi Awang semalam membuktikan persaudaraan dalam Islam mampu mengenepikan ideologi politik. Ini adalah sesuatu yang tiada di Myanmar dan mereka perlu belajar menghormati hak komuniti Islam di sana sebagaimana Malaysia menghormati Hak Komuniti Agama lain yang diberikan kebebasan di sini. Malah ramai rakyat Myanmar yang bukan beragama Islam bekerja di Malaysia tanpa sekatan dalam mengamalkan kepercayaan beragama.

Tindakan biadap menggantung selipar ke atas poster Raja Raja Melayu adalah satu tindakan yang tidak boleh di terima sama sekali dan kerajaan perlu memikirkan tindakan sesuai untuk dikenakan terhadap perbuatan biadap ini. Netizen yang mahu Kerajaan memutuskan hubungan dengan Myanmar turut memberi beberapa pandangan terhadap isu pelarian. Bagi mereka Kerajaan boleh mewujudkan 'Kem Pelarian' seperti yang pernah diwujudkan untuk pelarian Vietnam satu masa dahulu sebelum dipindahkan ke negara ketiga yang menerima kehadiran mereka dalam pelbagai sektor pekerjaan yang sesuai.

Sudah sampai masa bagi kerajaan bawah pimpinan Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak bertindak mengekang kekejaman junta Myanmar serta menyeru semua negara Asean memberi tekanan bagi memberhentikan kekejaman ini. Sekarang bukan lagi zaman 'Batu' di mana pembunuhan hanya di pandang tanpa belas kasihan. Di manakah Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB)?

Penghinaan terhadap Raja Raja Melayu perlu diberhentikan. Tindakan memanggil balik Duta Malaysia ke Myanmar perlu dilakukan dan pengusiran Duta Myanmar juga perlu di buat sebagai tanda protes terhadap penghinaan ini. 


No comments:

Post a Comment